40 hari ibadat peminum arak ditolak

602 views
Skip to first unread message

RosnahAhmad

unread,
May 8, 2007, 3:50:55 PM5/8/07
to sinar...@googlegroups.com, RosnahAhmad
Soal Jawab Kemusykilan Bersama:
Datuk DR Mashitah Ibrahim

40 hari ibadat peminum arak ditolak


Soalan:

SAYA terbaca dalam akhbar baru-baru ini (bukan ruangan agama) mengatakan
Allah tidak akan menerima ibadat selama 40 hari bagi orang yang minum arak.
Adakah
ini benar?

Bolehkah Datuk jelaskan hal ini kerana setiap hari saya mendengar hadis
disiarkan di radio bahawa ada tiga kumpulan tidak diterima amalannya oleh
Allah,
antaranya orang yang mabuk kerana arak hingga dia sedar daripada mabuk.

Daripada pemahaman saya, apa yang disiarkan dalam akhbar itu bercanggah
dengan hadis tadi. Minta penjelasan mengenainya.

INGIN TAHU
Shah Alam


Jawapan:

Arak disifatkan dalam al-Quran dan hadis Nabi sebagai najis yang dilarang
dan amalan syaitan. Bahkan kerana hebat sekali pengharamannya, Nabi Muhammad
SAW mengecamnya dan bersabda yang maksudnya ‘arak itu ibu segala kejahatan’
dan ‘orang yang minum arak sama seperti orang menyembah berhala’.

Baginda juga menyatakan, Allah melaknati bukan saja orang yang minum arak
tapi juga menghidang, menjual, memerah dan makan duit daripada apa saja
hasilnya.


Hadis diriwayatkan daripada Rasulullah SAW tidak mungkin bercanggah sesama
sendiri kerana ia datang daripada sumber yang satu.

Hadis yang dimaksudkan ialah ‘Barang siapa yang minum khamar, tidak diterima
solatnya oleh Allah 40 hari, jika ia taubat.

Allah Taala akan menerima taubatnya: jika dia mengulangi (kali ke 2),
solatnya tidak diterima pula oleh Allah Taala selama 40 hari jika ia
bertaubat.

Allah menerima taubat jika dia mengulangi (kali ketiga), solat tidak
diterima Allah selama 40 hari jika ia bertaubat. Allah akan menerima
taubatnya: jika
dia mengulangi (kali keempat), solat tidak diterima Allah selama 40 hari
jika ia bertaubat (kali keempat), taubatnya tidak diterima oleh Allah
(riwayat
Tirmizi)

Yang mengatakannya hadis Hasan. Hadis ini diriwayatkan juga An-Nasa-i dan
Ibn Majah).

Pokok pangkalnya bukan soal adakah 40 hari ibadatnya tidak diterima atau
hanya diterima sebaik saja dia sedar, tetapi perbuatan minum arak itu
sendiri
ditegah dalam agama.

Mereka yang melakukannya wajar segera bertaubat, baru amalan akan diterima.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages