Sempena
Maulidur Rasul besok ..mari kita sama sama lebih mengenali Nabi kita iaitu
Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (
نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam
dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah
dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus
dan benar.
Baginda
bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia,
mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya
hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah
dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan
Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan
pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud
'yang terpuji'.
BIODATA RASULULLAH
S.A.W:
1. Nama:
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin
Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh
Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota
Mekah)
3. Tempat lahir: Di
rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah
bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah
binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama:
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW)
7. Ibu susu pertama:
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua:
Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH
S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6
TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal
dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan
Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula
meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu
Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat
mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib
bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan
bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar.
Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian
damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di
Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali
kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin
baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan
meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan
untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’
sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah
dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah
pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di
Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH
S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah
Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina
‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti
Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti
Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah
(digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH
S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6.
Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga
mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi
Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda
bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia
dewasa.