Hukum makai tudung untuk wanita Islam islam

0 views
Skip to first unread message

rosmerah

unread,
Nov 14, 2009, 5:22:23 PM11/14/09
to sinar...@googlegroups.com
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 
Segala puji-pujian bagi Allah pencipta alam semesta.
 
Selawat dan salam ke atas
junjungan muli kita nabi Muhammad S.A.W.
 
Tidak lupa selawat dan salam juga kepada
kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang di kasihi.
 
Assalamualaikum dan  salam sejahtera.
 
 
Hukum memakai tudung untuk wanita islam.
 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat."
 
Kita mempunyai pengetahuan agama saja tetapi TIDAK FAHAM,
 TIDAK BERLANDASKAN tatatertib agama,
 tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Jika tidak, tak kan majalah mastika mendedahkan,
 ada pelajar tahfiz lelaki dan perempuan, telah bersekedudukan, telah menggugurkan. "astaghfirlah"
 
 minta dijauhkan dariku Ya ALLAH.
 
 Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
 
"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada."
 
 [TMQ an-Nur:31]
 
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada
'Aishah radhiAllahu 'anha:
 
"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat

(yang bermaksud)
 
 "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka."
 
 serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
 
"Ketika kami bersama 'Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy,
 
 lalu 'Aisha menyampuk:
 
 "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan,
 tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman
 dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud.
 
 "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka."
 
 serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka,
 anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka,
 sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada
di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan,
 maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw.,
 seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan,
 kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak,
 sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin
mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut
perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk
menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan
Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas
nama 'glamour', peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi,
tidak sampai 'seru', pakaian 'taqwa' lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang
tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya
dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera
melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan
wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
Perintah Agama atau Kenyataan Politik?
 
Sekian wassalam
 
Yang Benar
 
Kakros.
 
 
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages