Israk dan mikraj : Hubungannya dengan solat..
Peristiwa Israk dan
Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadah solat.Ibadah
ini diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan menjemput Rasulullah s.a.w datang
menghadapNya di Arasy,bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk
menyampaikannya ke dunia sepertimana perintah menunaikan ibadah puasa,zakat dan
haji.
Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
: "Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia
menegakkan agama,dan barang siapa yang meninggalkannya,bererti ia telah
merobohkan agama."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Solat adalah suatu ibadah yang
dilakukan dengan menggerakkan seluruh jasmani dan rohani. Manakala lisan
pula,mengucap kalimah-kalimah yang sangat indah,mengandungi pujian,penghormatan
dan harapan tinggi yang ditujukan kepada Allah S.W.T. Apabila setiap gerak badan
dan bacaan yang kita lakukan dengan ikhlas,sempurna,khusyuk dan penuh
kesedaran,maka semuanya itu akan mempengaruhi diri,jasmani,rohani dan pemikiran
serta akhlak,sehingga solat itu benar-benar dapat mencegah daripada perbuatan
keji dan mungkar.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj,Rasulullah s.a.w telah
diperlihatkan kepada suatu kaum yang dihempapkan kepalanya dengan batu batu
besar. Setiap kali dihempap,kepala mereka berkecai.Kemudian,bercantum semula
seperti sedia kala.Hal ini berterusan berlaku tanpa henti.Rasulullah s.a.w
bertanya kepada malaikat Jibril a.s tentang peristiwa tersebut.Malaikat Jibril
a.s lantas menjawab,"mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa malas untuk
mengerjakan solat fardhu.."Demikianlah betapa dasyhatnya seksaan kepada orang
yang malas dan meninggalkan ibadah solat.
Islam juga memerintahkan kita
untuk sentiasa memastikan ahli keluarga kita telah menunaikan solat,termasuk
isteri dan anak-anak.Oleh itu,kita disuruh memimpin dan memastikan anak-anak
solat ketika berumur 7 tahun dan memukul mereka yang tidak menunaikannya,ketika
berumur 10 tahun.
"Perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan
solat.Dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki
kepadamu,(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan (ingatlah),kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."( Toha : 132 )
*Sebagai
peringatan kepada umat Islam khususnya kepada diri sendiri yang masih terlalu
banyak kekurangannya.InsyaAllah..*