Allah berada di atas Arasy

1 view
Skip to first unread message

merak

unread,
Nov 8, 2008, 11:17:30 PM11/8/08
to sinar...@googlegroups.com
Allah berada di atas Arasy
 
Kemusykilan anda dijawab
MOHD YUSOF ABAS
 
SOALAN:
Ada kawan saya cuba memperkenalkan akidah Ibnu Taimiah yang mengatakan Allah berada di atas Arasy (saperti mana firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 5). Bolehkah tuan jelaskan maksud sebenar ayat tersebut?
 
- Jawahir Samat, Kulai, Johor.
 
JAWAPAN:
Apa yang ditimbulkan oleh kawan anda itu hanyalah kekeliruan yang sengaja dibawa oleh mereka yang berpenyakit hatinya. Ini seperti yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: "Adapun mereka yang ada penyakit zaigh (hati busuk) dalam hatinya, mereka sengaja mengikut-ikuti apa yang kesamaran dari ayat mutasyabih tersebut, kerana mencari fitnah dan mencari takwelnya sendiri (mengikut fikirannya sendiri)" (Surah Ali Imran ayat 7). Mereka tahu bahawa suatu perkataan (kalimah) yang mutasyabih itu mengandungi makna yang banyak, ada yang sesuai seperti ayat muhkam yang lain tetapi mereka berdegil tidak mahu menerima makna yang jelas tersebut. Mereka ingin menerima makna yang samar juga, pada hal makna yang tidak samar itu pun adalah makna (majaz) bagi kalimah yang mutasyabih tersebut.
 
Itulah sebenarnya tanda hati kawan anda yang berpenyakit tadi. Bagi kita sesuai dengan kedudukan seseorang itu harus dia menerima sebarang makna yang sesuai dan layak dengan kesucian dan kebesaran Allah, apa lagi makna dan sifat tersebut dijelaskan Allah dalam ayat (muhkam) dari Quran-Nya sendiri. Sedangkan makna bersemayam itu membawa kesamaran yang memberi faham Tuhan menyerupai makhluk-Nya dan ini adalah suatu pembohongan kerana bagaimana Allah yang qadim (tiada permulaan dan tiada pengakhiran) itu boleh berada atas arasy yang baru dan tidak wujud lagi, kerana kalam Tuhan itu qadim sebelum adanya sesuatu yang baru dari makhluk. Ini adalah kedangkalan yang nyata dari fahaman dan pemikiran mereka. Wallahualam.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages