Fahami maksud 'hamba sahaya'
soalan:
"DAN, mereka menjaga kehormatannya kecuali kepada isteri atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain
dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas." (Al-Mu'minun
(23): 5-6).
Apakah yang dimaksudkan "hamba sahaya" dalam petikan itu?
EZANI,
Kuala Lumpur
Jawapan:
TAFSIRAN Pimpinan Ar-Rahman (1995: 865, n. 1059) mendefinisikan 'hamba
sahaya' sebagai "hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal daripada
tawanan "Perang
Sabil" yang berlaku di antara orang-orang Islam dengan orang kafir yang
menceroboh."
Dalam sejarah dan pemikiran Islam datang menghapuskan sistem perhambaan
sesama manusia secara beransur-ansur.
Pertama dengan mengiktiraf kedudukan mereka setaraf dengan manusia lain
daripada sudut keturunan dan keimanan.
Kedua, Islam membebaskan hamba secara sebenar dengan memberi kemerdekaan
secara sepenuhnya dari sudut rohani dan jasmani.
Contohnya, mana-mana hamba yang ingin membebaskan diri daripada tuannya
layak menerima zakat. Tuannya pula secara sukarela mengizinkannya kerana
Islam
mempunyai undang-undang untuk hamba menebus dirinya.
Begitu juga dengan setengah dosa seperti melanggar nazar dibayar dengan
memerdekakan hamba.
Islam juga menjaga kehormatan hamba wanita apabila tuan kepada hamba sahaja
dibenarkan untuk bersama.
Hamba wanita dijaga supaya tidak dicabul kehormatan mereka oleh sesiapa
sebagaimana yang berlaku dalam peperangan sama ada pada masa dulu atau
sekarang.
Berbanding dengan Islam yang memberi pilihan hamba wanita boleh dijadikan
isteri, tawanan perang di negerii lain yang bukan Islam dijadikan perempuan
lacur.
Berbanding dengan negeri ini yang membenarkan pelacuran, Islam menentang dan
mengharamkan pelacuran yang merupakan bentuk perhambaan moden.
Islam juga menentang hubungan seks bebas atas dasar kerelaan sendiri. Islam
hanya membenarkan hubungan seks melalui perkahwinan atau dengan hamba sahaya
(yang sudah tidak wujud lagi).