SEKIRANYA seorang bapa pernah menodai anak perempuannya kemudian dia menjadi wali pernikahannya, adakah sah perkahwinan itu?
Ini kerana antara syarat menjadi wali ialah seseorang itu mesti adil.
ANA, Johor
JAWAPAN.
ANTARA syarat wali ialah ia tidak fasik.
Perbuatan menodai anak sendiri adalah perbuatan fasik (
derhaka kepada Allah).
Dengan sebab itu dia perlu bertaubat.
Apabila dia sudah bertaubat, sah perkahwinan itu kerana wali telah memenuhi syarat.
Sebaliknya, apabila wali didapati fasik,
gila atau mati, perwalian nikah berpindah kepada wali ab'aad.
Contohnya daripada bapa kandung kepada datuk lelaki sebelah bapa ke atas, saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya.
Sekiranya tiada lagi perwalian khassah, perwalian berpindah kepada perwalian 'ammah (wali raja).