Hubungan antara menantu dan
mertua.
SOALAN
:
Saya
ingin bertanya apakah hukumnya berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bekas bapa
mertua?
Bolehkah menantu bersalaman dengan ibu bapa
mertua?
Apakah batas aurat di antara isteri dan ayah
mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki?
Bolehkan ustaz/ustazah terangkan secara
terperinci.
Terima kasih.
JAWAPAN :
Hukumnya adalah haram.
Anak menantu diharamkan
berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua kerana status mereka adalah
seperti ibu dan bapa sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat
ke-23, yang bermaksud,
“Diharamkan atas kamu
(mengawini)
ibu-ibumu;
anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan,
saudara-saudara
bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki;
anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui
kamu;
saudara
perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu
(mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu
dari isteri yang telah kamu campuri,
tetapi
jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu
ceraikan),
maka
tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu (isteri-isteri anak
kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan)
dua
perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah
terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)
Berdasarkan ayat ini
:
1.
Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air
sembahyang.
Ini kerana ibu bapa mertua
telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal
wudhu' dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut
selama-lamanya) atas sebab
perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas
menantu perempuan tersebut TIDAK
BOLEH bernikah dengan bapa
mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua
tersebut.
2.
Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri.
Oleh itu, aurat menantu
perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu
bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Auratnya terbatas daripada
pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu perempuan boleh (harus) membuka
rambutnya di hadapan bapa mertuanya.
3. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau
adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri.
Oleh itu, auratnya di
hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu
seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Sumber
soal jawab JAKIM.
Sekian Wa'ssalam.
Selamat datang ke kumpulan Sinar Islam.
Kumpulan ini telah diwujudkan oleh warga oku penglihatan untuk kita sama-sama memartabatkan serta menegakkan syiar Islam.
Anda menerima mesej ini kerana anda telah melanggan ke kumpulan Google "sinarislam".
.
.
.
.