Hak Muslim: Anak angkat tidak berhak terima pusaka
ikut faraid
Bersama Zainul Rijal Abu Bakar
Pemilik
harta boleh buat wasiat untuk elak sengketa
SAYA mempunyai seorang anak
angkat lelaki serta dua anak kandung perempuan dan seorang anak kandung lelaki.
Ibu bapa saya sudah meninggal dunia manakala
isteri saya masih hidup. Adakah
benar anak angkat saya itu tidak akan mewarisi harta saya jika saya meninggal
dunia kelak. Saya amat kasihankan anak angkat
saya itu kerana beliau yang
menjaga saya sehingga kini dan masih tinggal bersama saya. Apakah caranya bagi
membolehkan anak angkat itu turut layak menerima
pusaka saya?
Pak
Non,
Langkawi.
ANAK angkat tidak termasuk di dalam golongan layak
mewarisi harta secara faraid. Hanya anak kandung dan steri yang berhak menerima
agihan harta pusaka
selepas ditolak perbelanjaan pengurusan jenazah, hutang
dan juga wasiat, jika ada. Dalam senario itu, pembahagian harta pusaka tuan
mengikut faraid adalah
seperti berikut:
Isteri mendapat 1/8
bahagian, baki 7/8 bahagian itu di bahagikan kepada empat bahagian kerana
seorang anak kandung lelaki mendapat dua bahagian dan dua
anak kandung
perempuan masing-masing mendapat satu bahagian baki. Anak angkat tuan tidak
berhak mewarisi harta pusaka tuan.
Sekiranya ingin memastikan anak
angkat itu menerima sebahagian dari harta berkenaan, tuan boleh membuat wasiat
sebahagian daripada harta untuk diberikan
kepada anak angkat selepas kematian
tuan. Ia dinamakan wasiat.
Wasiat dari sudut hukum syarak bermakna
sedekah hak milik harta yang hanya akan dilaksanakan selepas kematian pewasiat.
Wasiat disyariatkan melalui dalil
al-Quran dan Sunnah Nabi antaranya dalam
surah al Nisa' ayat 11 yang bermaksud: "Pembahagian itu ialah sesudah
diselesaikan wasiat dan sesudah dilunaskan
hutang si
mati"
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Orang yang malang
ialah orang yang tidak sempat berwasiat"
Sebenarnya pewasiat digalakkan
tidak mewasiatkan hartanya melebihi dari kadar 1/3. Namun mengikut Mazhab Shafie
sekiranya tuan mewasiatkan melebihi kadar
berkenaan hukumnya adalah makruh.
Tetapi lebihan dari 1/3 itu hanya boleh diberikan dengan persetujuan waris yang
terbabit. Sekiranya mereka menolak maka
pertambahan itu terbatal mengikut
ijmak ulama.
Nilaian kadar 1/3 ini hendaklah dibuat pada ketika
kematian pewasiat dan bukan pada ketika wasiat dibuat dan ia dibuat selepas
dijelaskan segala hutang
yang berkaitan dengan harta si mati.
Oleh
kerana anak angkat tuan adalah bukan waris, persetujuan waris tidaklah
diperlukan melainkan jika nilaian wasiat itu melebihi 1/3 daripada jumlah
keseluruhan
harta si mati. Peraturan asas dalam wasiat ialah bahawa ia hanya
boleh diberikan kepada bukan ahli waris. Rasulullah pernah bersabda yang
bermaksud "Allah
berikan bahagian kepada setiap orang yang berhak. Maka tiada
wasiat untuk waris." Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda yang
bermaksud "Tidak
harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang
lain."
Oleh itu, boleh memberi wasiat kepada anak angkat setakat 1/3
daripada harta tuan saja. Jika tuan ingin memberi lebih daripada kadar itu puan
bolehlah
membuat pemberian hibah kepada anak angkat tuan. Hibah tidak
membataskan pada sebarang kadar dan berkesan pada masa hidup pemberi hibah itu.
Inilah perbezaan
antara wasiat dan hibah.
Menurut hukum faraid tuan
sudah tidak lagi berhak menentukan pembahagian harta selepas meninggal dunia.
Semua harta tuan tergolong dalam harta pusaka yang
mesti difaraidkan mengikut
hukum yang ditentukan. Anak tuan adalah waris kadim yang layak menerima harta
pusaka tuan melainkan sekiranya haknya gugur dalam
keadaan
tertentu.
Namun sekiranya tuan membuat hibah atau pemberian segala
harta puan kepada anak angkat, itu adalah hak tuan yang tidak boleh
dipertikaikan oleh sesiapapun.
Tuan perlu menandatangani beberapa dokumen
bagi mengesahkan pemberian hibah itu supaya tidak timbul permasalahan pada masa
akan datang.
Perkara yang paling baik ialah tuan sekeluarga berbincang
bagi menyelesaikan perkara ini secara rundingan. Semua pihak mestilah ikhlas
dalam cuba menyelesaikan
permasalahan sebegini. Penyelesaian secara rundingan
adalah amat dianjurkan oleh Islam. Ia akan menimbulkan kesedaran dan kesediaan
untuk berkompromi dalam
mencapai persetujuan.
Selesaikan segala
masalah dalam rundingan dengan ikhlas kerana ianya dianjurkan oleh Islam.
Apabila hak diberikan kepada seseorang sebenarnya ia juga disertakan
dengan
tanggungjawab. Oleh itu lebih besar hak diberikan kepada seseorang itu, lebih
besarlah tanggungjawab yang terpaksa dipikul olehnya.
Tanggungjawab ini
termasuklah tanggungjawab terhadap Allah, keluarga dan dirinya sendiri. Oleh hal
yang demikian janganlah berebutkan harta sehingga memutuskan
tali
silaturrahim antara saudara seagama apatah lagi apabila mempunyai pertalian
kekeluargaan.
INTI PATI
Anak angkat
Bukan zuriat sendiri
dan tidak layak menerima harta pusaka melalui hukum faraid
Keluarga angkat
boleh mewariskan harta melalui wasiat kepada anak angkat
Pewasiat digalakkan
tidak mewasiatkan hartanya melebihi daripada kadar 1/3.
Mengikut Mazhab
Shafie sekiranya tuan mewasiatkan melebihi kadar berkenaan hukumnya adalah
makruh. Tetapi lebihan dari 1/3 itu hanya boleh diberikan dengan
persetujuan
waris yang terbabit. Sekiranya mereka menolak maka pertambahan itu terbatal
mengikut ijmak ulama.
Nilaian kadar 1/3 ini hendaklah dibuat pada ketika
kematian pewasiat dan bukan pada ketika wasiat dibuat dan dibuat selepas
dijelaskan hutang yang berkaitan
dengan harta si mati
Jawapan ini
disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Zainul Rijal Abu
Bakar