APAKAH SUJUD SYUKUR?
Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan
untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga
sujud apabila mendengar
atau melihat berita yang menggembirakan dan
terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.
Sujud pertama adalah
sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya
dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti
bacaan ‘Sujud
Tilawah’.
SUJUD SYUKUR
Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan
kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang
dilimpahkan Allah s.w.t atau atas
terhindarnya seseorang dari marabahaya dan
malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita
diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka
sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi)
sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka
tidaklah menjadi hal kepada Allah)
kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman :
12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w.
apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau
gembira kerana sesuatu, beliau sujud
ke tanah sebagai berterima kasih kepada
Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak
buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti
berikut:
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali
sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang
fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini
maknanya, anda boleh mulakan
sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara
dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas
bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas
merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah
tetapi nilainya tinggi di
sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis
Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan
peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat
tetapi dengan melakukannya
bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran
Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu
sujud :
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang
menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan
penglihatannya. Maha Suci Allah
sebaik-baik Pencipta”.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan
sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud.
Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak
lupa diri dengan kejayaan atau
kecapaian
sendiri....Wallahhualam.
P
ada detik-detik akhir kehidupan dan sebelum
dipanggil berehat panjang di peraduan Allah Yang Maha Pencipta ,kita mampu
tersenyum puas kerana dapat berjuang
menempuh kehidupan yang penuh liku
ini
...NUR SHUANA
DJ Radio Suara RakyatFM