Seman diberi makan cacing.
LIMA tahun yang lalu, heboh satu cerita di
sebuah kampung tentang seorang pemuda yang memakan cacing. Kampung itu terletak
di utara tanah air. Pemuda ini pula dikenali sebagai Seman dan berusia 35
tahun.
Rambut Seman panjang tidak terurus. Sudah dua tahun dia hidup
seorang diri. Setiap petang, Seman akan duduk di atas tangga dan apabila ada
orang lalu di hadapan rumahnya, dia akan menjerit-jerit memanggil
orang tersebut.
Pada waktu malam pula, orang kampung
akan mendengar Seman berbual seorang diri kerana khabarnya ada "orang' yang
menemani pemuda itu pada waktu malam.
Kisah aneh tentang Seman ini
menjadi perbualan ramai. Ada yang percaya dengan cerita tersebut dan ada yang
tidak. Namun tidak ada yang berani untuk menjenguk Seman di rumahnya bagi
memastikan kesahihan cerita tersebut.
Suatu malam, tiga anak muda
memberanikan diri untuk mengintai Seman. Anak muda ini bernama Shamsudin, Sufian
dan Aziz. Mereka berusia 20 tahun da merupakan tiga sahabat karib. Mereka
tinggal sekampung dengan Seman.
Pukul 10.00 malam itu, mereka bertemu di
pekarangan masjid. Setelah membuat persiapan, mereka berjalan kaki menuju ke
rumah Seman yang terletak berhampiran kebun pisang. Di pertengahan jalan, mereka
mencapai beberapa batang kayu untuk dijadikan senjata sekiranya keadaan
berbahaya.
Lebih kurana 56 meter sebelum sampai ke rumah Seman, tiba-tiba
angin bertiup kencang. Pokok-pokok pisang di sekitar rumah Seman tiba-tiba
bergoyang. Daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Dan tiba-tiba Juga,
mereka lihat seorang wanita tua vang entah dari mana datangnva muncul di hadapan
rumah Seman.
Tiga anak muda ini menghentikan langkah mereka.
"Din.
kita duduk dulu. Aku takutlah." kata Sufian.
Mereka bertiga duduk
bersembunyi di belakang sebatang pokok sambil membacakan avat ayat suci
al-Quran. Sambil itu, Aziz memberanikan diri untuk melihat perempuan tua di
hadapan rumah Seman tadi.
Dengan bantuan cahaya lampu jalan tidak jauh
dari situ, mereka melihat perempuan tersebut membawa sedulang makanan di
tangannya. Rambutnya putih menggerbang, dia mengetuk-ngetuk pintu rumah
Seman.
Tidak lama kemudian mereka lihat Seman membuka pintu dan keluar.
Dia mengambil dulang daripada wanita tersebut, lalu masuk semula ke dalam rumah.
Wanita tua tadi berjalan meninggalkan rumah Seman, kemudian hilang dalam
kegelapan malam.
Sejurus wanita tua itu menghilangkan diri, Shamsudin,
Sufian dan Aziz keluar dari tempat persembunyian mereka dan menuju ke rumah
Seman. Sampai di rumah Seman, mereka terdengar suara lelaki itu sedang bercakap
dengan seseorang. Dia seperti berbual, namun tidak ada sahutan. Melalui tingkap
yang sedikit terbuka, mereka mengintai Seman.
Mereka lihat Seman hanya
duduk seorang diri dalam rumah tersebut dengan bertemankan sebuah pelita. Seman
bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak difahami. Dalam masa yang sama dia
menyuap makanan yang terhidang di dalam dulang di hadapannya.
Shamsudin,
Aziz dan Sufian memerhatikan makanan di dalam dulang itu. Mereka terkejut,
dulang itu bukannya berisi mi goreng, tetapi cacing yang masih hidup. Ia
bergerak-gerak dan melengkar ke sana ke mari!
Seman memakan cacing-cacing
itu dengan lahapnya. Mereka lihat beberapa ekor cacing menguit-nguit semasa
dikunyah oleh Seman. Shamsudin, Sufian dan Aziz rasa bagai hendak termuntah
melihat bibir dan tangan Seman dipenuhi lendir cacing tadi.
Tiba-tiba
Seman ketawa tanpa henti. HAHAHAHA!!! HAII HAHAHAHA!
Selepas ketawa
terbahak-bahak, mereka lihat Seman bangun dan menuju ke tingkap tempat mereka
mengintai. Apabila Shamsudin, Aziz dan Sufian bangun, Seman sudah ada di depan
mereka. Seman merenung mereka dan menjerit-jerit!
Apa lagi,
lintang-pukanglah mereka melarikan diri. Mala itu mereka menumpang tidur di
rumah datuk Shamsudin yang terletak setengah kilometer dari rumah Shamsudin yang
terletak setengah kilometer dari rumah Seman.
JAM menunjukkan pukul 8.00
pagi. Selesai sarapan, Shamsudin, Sufian dan Aziz berjalan menuju ke rumah Seman
untuk memastikan lagi apa yang dilihat malam tadi.
Rumah Seman sunyi
sepi. Shamsudin, Sufian dan Aziz menuju ke tingkap tempat mereka mengintai
Seman. Di bawah tingkap itu mereka lihat ada sebiji dulang yang kotor. Di atas
dulang itu pula terdapat sisa-sisa cacing, ada yang sudah mati, dan ada juga
yang maSih hidup. Di dalam dulang itu juga ada kesan muntahan
manusia!
Sah, malam tadi Seman memakan cacing. Mereka hergegas
meninggalkan rumah Seman kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk apabila
mendapat tahu mereka mengintainya.
Siapakah Seman? Kenapa dia memakan
cacing? Siapa pula wanita yang menghantar dulang kepadanya malam
tadi?
Sebenarnya, sebelum ini Seman tinggal bersama ibunya yang bekerja
sebagai penoreh getah. Namun, dia menjadi tidak siuman setelah ibunya meninggal
dunia. Sejak itu Seman hidup seorang diri di rumah itu.
Pada siang hari,
Seman hanya bertenggek di atas tangga dan menjerit-jerit memanggil sesiapa
sahaja yang lalu di hadapan rumahnya. Pada malam hari pula, dia duduk di dalam
rumah seorang diri menunggu wanita tua datang membawa sedulang makanan
untuknya.
Kehadiran wanita itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk
kampung itu kerana ia menyerupai arwah ibu Seman. Wanita itu pula muncul dan
menghilang dalam sekelip mata sahaja.
Seman bukanlah anak yang baik.
Sewaktu ibunya masih hidup, Seman sentiasa meminta wang daripada ibunya itu.
Seman juga kerap menipu ibunya semata-mata inginkan duit kerana dia tidak
bekerja.
Pernah beberapa kali ketika sedang sakit, ibunya telah meminta
Seman membeli nasi di kedai kerana dia tidak terdaya untuk memasak. Memang Seman
pergi ke kedai makan, tapi bukan untuk membeli nasi dan lauk-pauk, sebaliknya
dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam pinggan orang.
Setelah itu Seman
membungkusnya dan membawa balik. Dengan cara itu, Seman dapat mengambil
sepenuhnya duit yang diberikan ibunya.
Kasihan... ibunya menjamah sahaja
sisa-sisa makanan yang dibawa pulang oleh Seman kerana tidak berupaya lagi
hendak bangun. Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali makan, ibunya akan
kesakitan. Namun Seman tidak menghiraukannya.
Suatu hari, ketika pulang
dari kedai, Seman terkejut apabila mendapati ibunya sudah tidak bernyawa lagi.
Wanita tua itu meninggal dunia kerana uzur dan Seman mengabaikan makan minum
serta kesihatannya. Seman menangis, dia meraung meminta maaf daripada
ibunya.
Bermula dari saat itulah Seman menjadi tidak siuman. Dia
melolong-lolong memanggil orang dan pada malam hari, dia dijamu cacing oleh
seorang wanita tua berambut putih yang menyerupai arwah ibunya.
Kehidupan
Seman tidak terurus. Keadaan dirinya amat mengerikan orang yang melihat. Kepada
penduduk kampung, inilah balasan terhadap anak derhaka yang menipu ibunya semasa
hidup!
Pasti para pembaca tertanya-tanya bagaimanakah Mastika mengetahui
cerita ini? Untuk pengetahuan anda, kisah menakutkan ini diceritakan sendiri
kepada kami oleh Shamsudin dan Aziz, dua daripada tiga orang anak muda yang
menyaksikan sendiri Seman memakan cacing.
Cerita ini mahu mereka kongsikan
dengan pembaca majalah ini selepas tersiarnya kisah anak-anak derhaka dan biadab
yang dipaparkan dalam Mastika November.
"Bagi kami yang sudah lama
mengenali Seman dan ibunya, dia layak menerima balasan sebegitu. Ibu Seman
memang baik, tapi Semannya..." kata Shamsudin tanpa menyudahkan kata kata itu.
Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil mempamerkan wajah kecewa.
"Bila
mak dah meninggal, baru nak menyesal. Dah terlambat. Akhirnya, gila!" sambung
Shamsudin lagi.
Shamsudin dan Aziz gembira Mastika menyiarkan cerita
anak-anak yang semakin biadab kerana ia adalah realiti. Kalau didiamkan, keadaan
akan menjadi semakin teruk.
"Siarkan lagi, buat pengajaran kepada kita
semua sebab memang budak budak sekarang sudah teruk perangainya," ucap Shamsudin
sewaktu kami temui mereka di Alor Star, Kedah, baru baru ini.
Mastika
bertanya, siapakah wanita tua yang menghantar sedulang cacing kepada Seman pada
waktu malam?
"Kami tak tau. Mungkin syaitan yang menyerupai arwah ibunya
yang telah dianiaya Seman," Aziz mencelah.
Untuk melengkapkan cerita ini,
Mastika mengajak Shamsudin dan Aziz ke kampung mereka untuk melihat sendiri
Pemuda yang bernama Seman ini. Jika boleh, Mastika ingin berbual dengan Seman
dan para penduduk kampung yang maklUm dengan kisah hidupnya.
Namun mereka
keberatan kerana tidak mahu melukakan hati keluarga Seman yang masih hidup.
Tambahan pula menurut Shamsudin dan Aziz, Seman baru meninggal dunia beberapa
bulan yang lalu.
Shamsudin dan Aziz juga tidak membenarkan gambar mereka
dirakam kerana khuatir akan mengguris hati keluarga Seman.
"Tak payah
gambarlah, mereka mesti kenal kami. Yang penting bukan gambar kami, tapi
pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Seman ini," sambung Shamsudin
selepas meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan Mastika
tadi.
Ya, pengajaran buat anak anak kita yang semakin....
Sumber: Mastika Disember 2007
Sekian Wa'ssalam
Yang benar
Kakros.