Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya
sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam.
Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk
yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa
kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama
banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah
mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat
Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia
Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh
malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan
pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah
mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian
Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung
daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah
memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika
tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya.
Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di
tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga
barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Tanda-tanda
kematian seseorang
100 hari sebelum
kematian:
Ini
adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum
kematian:
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum
kematian:
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan
di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk
makan.
3 hari sebelum
kematian:
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari sebelum
kematian:
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya
Tanda akhir
sebelum kematian:
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail
mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W
bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa
apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:
“Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa
yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang
bermaksud:
“Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan:
“Tidak ada
jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata:
“Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat
maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:
“Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran
dan zikir”.
Akhir sekali malaikat
maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang
bermaksud:
“Wahai
malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu”.
Sebaik saja mendapat
perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Tempat tinggal
roh
Abu Bakar R.A. telah
ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan
menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga
Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati
syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
SUMBER
http://syahirul.com/
Khalifah