Silat Legenda ialah filem animasi Malaysia tahun 1998 arahan Hassan Abd Muthalib. Filem fiksyen ini mengisahkan pengembaraan lima orang anak muda yang akhirnya menemui senjata hikmat. Berlatar belakangkan zaman futuristik filem ini telah mengenengahkan satu perspektif baru dalam penceritaan hikayat Hang Tuah lima bersaudara.
Dunia mula mengorak langkah dalam industri animasi menerusi Wayang Kulit yang diiktiraf sebagai contoh animasi pertama di dunia. Ini kerana pergerakan yang terdapat dalam wayang kulit mempunyai elemen dalam filem, iaitu layar putih, cahaya suluhan, dan imejan yang bergerak seakan-akan hidup.
Pengaruh animasi di Barat dalam mengaplikasikan wayang kulit terbukti apabila animator dari Jerman, Lotte Reiniger, mendapat ilham untuk menghasilkan filemnya, The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan seni itu.
Kebanyakan filem animasi pendek terbitan MFU seperti Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Singa Yang Haloba, Arnab Yang Sombong lebih berkisar pada proses pendidikan dan pembentukan kesedaran sama ada dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Siri animasi untuk televisyen juga banyak disiarkan.
Filem ini mengisahkan lima remaja yang menemui lima belah keris yang pernah digunakan pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Silat Legenda diberi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999.
Terbaru kejayaan filem animasi Boboiboy yang mencatatkan kutipan sebanyak RM16 juta membuktikan kemampuan anak tempatan menghasilkan filem animasi standing dengan filem animasi terbitan Hollywood Syarikat Silver Ant Sdn Bhd melancarkan filem animasi Seefood di Cannes, Perancis pada April 2011.
Ia juga bagi pasaran luar negara dan siri animasi Boo and Mee oleh Insipedia Sdn Bhd yang dihasilkan di studio animasi yang ditubuhkan pada 2002 turut berjaya ditayangkan di rangkaian televisyen Kidsco, United Kingdom.
Walaupun industri filem tempatan kecil, namun Malaysia sudah membuktikan kepakaran rakyat tempatan dalam bidang animasi dengan penerbitan filem animasi berkualiti tinggi seperti Upin & Ipin, Salahuddin The Animated Series dan Seefood.
Pembikin filem animasi kini boleh mensasarkan filem animasi mereka kepada rantau Asean yang memiliki akar budaya yang sama dengan Malaysia. Dan ini akan dapat memudahkan pemahaman mereka terhadap cerita yang disampaikan.
Animasi, ia bukan lagi sebuah cerita untuk kanak-kanak. Pada zaman sekarang ni, segala animasi yang disediakan adalah untuk tontonan orang yang lebih dewasa. Hal ini kerana, sesebuah animasi itu boleh mempunyai jalan cerita yang agak dalam berbanding dahulu (lebih direct) dan juga boleh memberi pengajaran yang baik.
Namun, selama ni industri animasi dimonopoli oleh production negara barat dan salah satunya adalah Disney. Sebut je Disney memang semua orang akan tahu kot sebab tu dikira childhood bagi kebanyakan orang, siapa je yang tak kenal kartun-kartun mereka seperti Mickey Mouse, Beauty and the Beast, Pinocchio dan banyak lagi. Tapi tu lah, hampir semua berasaskan cerita barat je.
Tapi kali ni, Disney mula mengorak langkah dengan mengeluarkan animasi berasaskan nusantara iaitu Raya and the Last Dragon. Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Raya yang mengembara bersama seekor naga bagi menyelamatkan keluarga mereka. Cerita ni juga memang kaya dengan budaya-budaya nusantara tau, lagi-lagi alam Melayu. Ini antara budaya nusantara yang ada dalam cerita tu.
Dalam cerita memang banyak kesenian nusantara ditonjolkan, namun ada dua yang paling dekat dengan alam Melayu. Yang pertama adalah Seni Batik, ia memang sudah tidak asing lagi dengan budaya nusantara sampaikan Malaysia dan Indonesia bergaduh untuk menentukan Seni Batik tu berasal dari mana. Instead of dorang just bagi karakter-karakter dalam tu memakai baju batik, animasi tu juga tunjuk seorang wanita sedang mencanting kain batik.
Kalau nak diikutkan, teknik mencanting ni antara yang paling lama untuk membuat kain batik. Jadi bila pembuat animasi Raya and the Last Dragon ni dapat menyelitkan elemen-elemen rare macam ni, ia agak mengagumkan. Untuk yang kedua pula, dalam animasi ini juga mereka telah meletakkan sekali elemen seni persembahan tradisional nusantara iaitu Wayang Kulit.
Kalau kita nak kaitkan tentang senjata dan nusantara kan, confirm keris akan muncul dalam fikiran semua orang. Seperti kita semua tahu pada zaman dulu, keris merupakan antara senjata yang digunakan oleh pendekar-pendekar. Banyak juga kisah-kisah legenda tentang keris seperti Keris Taming Sari yang dikatakan mampu memberikan kekebalan kepada penggunanya.
Perkara sama juga yang ditunjukkan dalam animasi ni, ada satu scene tu seorang karakter sedang menggunakan senjata yang sangat serupa dengan keris. Walaupun dalam cerita tu dorang takde sebut pun apa nama senjata tu, tapi dari segi rupa memang pasti design senjata itu diinspirasikan daripada keris.
Dalam dunia persilatan, terdapat pelbagai jenis senjata yang dimainkan dan senjata tongkat merupakan salah satu daripadanya. Tongkat yang digunakan itu sebenarnya adalah kayu rotan, ia dipotong mengikut saiz yang custom mengikut pesilat itu sendiri supaya mobiliti semasa mengendalikan tongkat itu tidak terjejas.
Kalau untuk Muay Thai ni, memang ramai kenal dah disebabkan seorang The Living Legend Tony Jaa. Dia merupakan orang seni yang banyak memperkenalkan budaya Thailand dan sentiasa menggunakan Muay Thai dalam filem-filem yang dibintanginya. Kali ni pula, kita berpeluang untuk melihatnya (Muay Thai) di dalam filem animasi pula!
Perkara paling penting dalam Raya and the Last Dragon ni adalah tentang unsur-unsur cerita rakyat (folklore), yang paling obviuos adalah tentang naga tu sendiri. Kisah tentang naga sangatlah popular di nusantara, terdapat pelbagai kisah legenda yang melibatkan naga diceritakan secara turun-temurun kepada semua orang.
Seperti di Malaysia, kisah seperti Naga Tasik Chini merupakan satu kisah legenda yang masih lagi diceritakan sampai sekarang. Malah di Indonesia pun ada kisah naga mereka sendiri seperti Naga Jawa yang dikatakan hidup semasa zaman kerajaan Majapahit. Disney juga telah meletakkan lagi satu elemen daripada kisah rakyat iaitu berkenaan Druun yang mampu menukarkan orang menjadi batu.
Druun ni boleh dikatakan berkait rapat dengan legenda Sang Kelembai, ia merupakan kisah mitos tentang satu entiti yang mempunyai kuasa untuk menukarkan manusia atau haiwan menjadi batu. Dikatakan tiada siapa pernah melihat bentuk sebenar Kelembai kerana sesiapa sahaja yang menjumpainya, dia akan bertukar menjadi batu!
Dengan semua elemen nusantara yang telah ditonjolkan Disney, ia merupakan satu batu loncatan yang sangat besar bagi ASEAN untuk teruskan perjuangan bagi mengembangkan segala budaya melalui animasi. Lagi-lagi Malaysia pun dah ada Upin-Ipin, mana tahu satu hari nanti ada collaboration ke kan. Jangan lupa tonton Raya and the Last Dragon di pawagam berdekatan untuk support budaya kita!
Malam tadi, sembang punya sembang dengan member sementara amek mood nak hafal TITAS (subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia untuk final exam) tersembang pulak citer-citer kartun yang kitorang pernah tonton zaman kecik-kecik dulu. Aku lahir pun dah tahun 1992 dan dulu kehidupan aku sekeluarga miskin dan ada tv pun lepas akak sulung aku habis SPM, lebih kurang umur aku masa itu 6 atau 7 tahun. Sembang punya sembang tajuk itu, maka keluarlah cerita-cerita yang alhamdulillah aku masih ingat mengenainya. So aku rasa terpanggil untuk membuat research mengenai kartun-kartun yang pernah disiarkan di tv malaysia dari zaman sebelum aku, zaman aku kanak-kanak dan zaman kini. Namun entry kali ini adalah terhad kepada kartun made in Malaysia sahaja buat masa ini. Akan ditambah senarai anime dan kartun omputeh di lain entry, Insha Allah. Inilah dia senarai animasi tempatan Malaysia dari tahun 1980-an, 1990-an dan era moden masa kini baik versi 2D mahupun 3D.
582128177f