GAMBAR PEMBENTUKAN AWAN LUAR BIASA DI KOTA KINABALU JUN 2012
CUACA mendung di sekitar Kota Kinabalu pagi semalam membentuk pelbagai formasi awan mengagumkan di ruang angkasa sebelum bandar raya ini dibasahi hujan hingga lewat petang.
Keunikan pembentukan gumpalan awan itu disedari seawal jam 7 pagi ketika orang ramai mula keluar untuk ke pejabat dan ramai dilihat menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk membuat rakaman video serta mengambil gambar. – BHO