Himpunan Bersih4 - Pesta Demokrasi dan Ibadah
InsyaAllah, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad akan bersama-sama rakyat Malaysia esok di Himpunan Bersih4.
Bagi yang ingin menyertai himpunan ini pergilah dengan niat dan mind set yang betul. Antaranya::
1. Yakin bahawa tindakan kita ini tidak salah di sisi undang-undang negara juga dalam rangka memenuhi tuntutan Islam - melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.
2. Menjadi hak rakyat untuk berkumpul dengan aman seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
3. Oleh itu jangan hadir dengan perasaan rasa bersalah kerana kita hadir bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap agama dan negara - supaya negara tidak terus tergelongsor ke jurang yang lebih dalam..
4. Patuhi peraturan dan panduan pihak penganjur.
5. Jaga adab dan disiplin. Elakkan sebarang provokasi.
6. Hadiri dan jayakan program-program ibadah seperti solat hajat, tahajud, tilawah dan tazkirah yang telah diatur oelh pihak penganjur dengan kerjasama ABIM dan IKRAM.
7. Anggaplah kehadiran kita sebagai satu ibadah bagi menyelamatkan negara dari kezaliman dan kemungkaran daripada berterusan.
Nahar Md Nor
SUA IKRAM

********
3. Some Rules




Sekian. Salam Bersih.
-----