Bicara Salam Berjuang

0 views
Skip to first unread message

sejarahmaya

unread,
Nov 8, 2009, 11:14:50 PM11/8/09
to Salam Sejarah, seja...@gmail.com
Pada hari khamis lalu, bersamaan tarikh 5 November tercatat sejarah
dengan berakhirnya sesi kelas Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI)
untuk subjek Sejarah Spm bagi sesi 2009 ini.

Penulis merafa'kan setinggi kesyukuran pada-Nya kerana memberi
kekuatan kepada penulis untuk melaksanakan amanah sepanjang hampir dua
bulan PUI berlangsung untuk memberikan hanya yang terbaik kepada anak-
anak didik yang penulis sayangi.

Semakin menghampiri Spm, dapat penulis rasakan bahawa hati ini semakin
dekat dengan setiap denyutan mereka sementelah banyak berkongsi
perasaan dan masalah mereka dalam memastikan mereka tenang dan
berkeyakinan tinggi dalam satu saf yang kukuh demi membuat persediaan
terbaik untuk menghadapi Spm kelak.

Jauh di hati kecil ini, penulis sentiasa mendoakan kejayaan mereka
dalam Spm dan yang lebih penting kejayaan mereka dalam segala lapangan
samada di dunia mahupun di akhirat.

Harapan penulis, agar anak-anak didik asuhan penulis ini terus fokus
dengan misi kecemerlangan demi mengharapkan redho-Nya di samping
abaikanlah pujukan hati dan nafsu yang selalu merayu ke arah
'kegelinciran' dalam melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak
bermanfaat demi masa depan mereka.

Bersabarlah dengan segala susah payah dalam usaha menekuni ilmu,
kerana ilmu yang diperoleh dengan sabar dan tekun itulah yang lebih
berkat. Betulkanlah niat menuntut ilmu bukan semata-mata lulus dan
skor peperiksaan semata (exam orientation) tapi tuntutlah ilmu demi
menggapai keredhoan Allah Swt, seterusnya berjaya mengembalikan 'izzah
Islam dan tradisi gemilang umat khayr ummah ini.

Akhir bicara, medan peperiksaan itu ibarat sebuah medan perang yang
maha dahsyatnya, segala apa latihan yang diberi dan panduan sepanjang
PUI ibarat 'senjata' dan kemahiran untuk berperang. Manfaat dan
gunakanlah semua kemahiran dan 'senjata' tersebut dengan tangkas dan
penuh semangat keperwiraan tulen hingga tercapai matlamat yang dicita.
'Biar putih tulang, jangan berputih mata' 'Pantang perwira berundur,
pantang maut sebelum ajal'. Allahu a'lam
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages