[ Forum Baitul Muslim ] Berkahwin , sediakah aku?

2 views
Skip to first unread message

nazhatul shima zolkefli

unread,
Jul 21, 2011, 2:35:52 PM7/21/11
to Chemy_Jan'09, sc-even...@googlegroups.com

***

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

(An Nuur : 26)



Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diriHiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang terbaik buat kita. Amin. Sesungguhnya syaitan dan iblis tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan anak Adam dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. 

Justeru perlulah bagi kita senantiasa bertaubat kepada Allah dan berusaha membuang sifat mazmumah dalam diri yang boleh menjebakkan diri kepada kemaksiatan.

 

Perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah menggalakkan manusia untuk berkahwin seawal mungkin setelah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab selari dengan firman Allah:


“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

 (An Nur: 32)


Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”


Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya? Janji Allah untuk menolong hambaNya seperti yang disebut dalam sebuah hadis:


“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.

(hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)

 


Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

 

Pertolongan Allah ini juga akan hadir apabila pemuda/pemudi tidak lari dari tanggungjawab dakwah dan jihad; dalam satu firmanNya seperti di bawah:

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

(Muhammad : 7)

 

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin, dianjurkan bagi mereka untuk berpuasa bagi menahan diri dari maksiat.

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.

(Al Baqarah : 214)

____________________________________________________________________________________


Dibawakan oleh :
HELWIUTP
" inspiring you "



Dengan kerjasama :



Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages