Koleksi soalan akhir tahun darjah 4 adalah antara bahan-bahan terbaik yang kami ada. Bahan yang terdapat di sini memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut prinsip bahawa semua mata pelajaran yang terkandung dalam KSSM memainkan peranan yang penting bagi memenuhi keperluan jasmani, rohani, emosi dan intelek untuk membantu perkembangan potensi individu.
Berdasarkan prinsip ini, pendidikan merupakan satu usaha berterusan seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Proses pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan sejak kita dilahirkan sehingga kita mati. Prinsip inilah yang telah diterapkan dalam KBSM dan KSSM, yang menggalakkan manusia menuntut ilmu sama ada secara formal ataupun tidak.
Peperiksaan mampu mempertingkatkan motivasi diri seseorang menjadi lebih cemerlang dan merupakan salah satu jalan yang cerah untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Justeru itu perancangan yang rapi telah dilakukan agar segala bahan yang dimuatkan di sini Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yg diikuti. Ianya telah dijadikan alat menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Peperiksaan juga merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Koleksi Soalan Akhir Tahun Darjah 4.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.
Penyataan tahap penguasaan atau grading bagi Ujian Akhir Sesi Akademik tidak diberikan melalui gred atau markah. Sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap.
Bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan, Admin menyeru para guru dan ibu bapa dapatkan bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT sains tahun 2. Bimbingan ibu bapa amat diharapkan bagi membantu anak-anak menyelesaikan tugasan sumatif daripada guru bahkan membantu membuat latih tubi sebagai persediaan peperiksaan.
Penilaian pelajar bukan sekadar dalam ujian, tetapi ia juga dinilai berdasarkan latihan pemahaman mengikut unit atau bab yang di agihkan oleh guru-guru. Oleh itu, penting bimbingan daripada ibu bapa meningkatkan penguasaan anak-anak dalam pendidikan mereka terutamanya subjek sains.
Silibus mata pelajaran sains tahun dua kita boleh rujuk di kandungan Buku Teks Sains Tahun 2 SK. Buku ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains Tahun 2. Penulisan buku teks ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengintegrasikan pengetahuan. kemahiran dan nilai, memasukkan kemahiran pembelajaran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa.
Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang merangkumi enam tema, iaitu Inkuri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal. Sains Bahan, Bumi dan Angkasa, serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun bertujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri.
Daripada 10 unit dalam silibus sains tahun 2, Admin bawakan 2 contoh nota ringkas sebagai bantuan bagi pelajar membuat rujukan dalam membuat latih tubi. Para guru dan ibu bapa boleh bimbing pelajar untuk menyelesaikan latih tubi dengan baik dengan memberi galakan dan bantuan memahami soalan.
Pembahagian dalam kertas soalan peperiksaan sains tahun 2 ini merangkumi bahagian A dan B dalam satu kertas. Para pelajar perlu menjawab semua soalan yang diberikan dalam bahagian A dan B dalam tempoh 1 jam 15 minit.
Harapan admin daripada perkongsian kali ini, pelajar dapat menggunakan nota lengkap 10 unit sains tahun 2 sebagai rujukan menjawab soalan latih tubi berdasarkan peperiksaan akhir tahun PAT sains tahun 2. Di samping itu, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan pelajar semakin erat dengan bimbingan yang diberikan dalam menyelesaikan tugasan.
c80f0f1006