From: m-amin
[mailto:m-a...@seiko.com.my]
Sent: Thursday, August 04, 2011
4:12 PM
To: Zareena; nahidah; hj.amin
Subject: Fw: Awas !!! Lebih
Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal
Subject: FW: Awas !!! Lebih
Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal
Lebih
Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal
Jam
5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.
Bazar
Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan
mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.
Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi
mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.



Mereka
bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh
Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada
harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah
adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa
bekerja keras mencari rezeki secara halal.

Hampir
jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan
bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
"Kemboja!
Kemboja!"
Biarpun
hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena
jerangkap samar di negara asal.



Sewaktu
saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya
berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit
berikutan kekangan bahasa.
Beberapa
minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan
desakan hati kecil.



Pasti
ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil.
Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia
mengesut perlahan.
Ketika
itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari
jarak jauh.





Sewaktu
beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira
hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian
bergerak ke arah belakang kedai.
Saya
mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.




Islam
pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta.
Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa
teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya
bulan untuk kita bersedekah.
Ops!
Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.

Menarik?
Pelanduk dua serupa?
Tumpukan
perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya
saya rakamkan.
Ya,
kejadian pelik.
Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti
paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.
Saya
difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika
gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian
kenderaan.




Sewaktu
dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya.
Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.















Papan
gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah
van.
Tadaaaaaaaaaa!



Dia
kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini
lengkap berkaki. Melihat senyumannya
sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa
menahan perasaan geram mereka.


Jam
6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi
seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.



Saya
kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil
kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg
kain selempang dari dalam bajunya.





Dia
memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung
melihat kaki kudungnya.
"Enam
puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju
merah.

Itu
jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja.
Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket
lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh
dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan
Ummul Kitab itu.
Terlintas
di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?
Mendengar
saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan
berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis
terbabit.

Dia
kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang
ramai.



Pengemis
itu kemudian dibenarkan beredar.

Kali
ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya
terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.




Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya.
Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.

Melihat senyuman bak
mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu
tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.
Saya
percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa
selesa.
"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata
pemandu.
Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.
"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.
Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.







Sebaik
teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum.
Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.

Barangkali
akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja'
bulan Ramadhan.
Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa
negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram
berkongsi negara ini bersama kita.
Kita akur, majoriti rakyat Malaysia
pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan
mata.
Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.
Itu pesan saya.