IMBAS 25 TAHUN: Kisah Sedih Puteri Zainah

192 views
Skip to first unread message

Hussaini Kamal

unread,
Aug 27, 2013, 5:26:55 AM8/27/13
to sahab...@googlegroups.com


Bila dah takde jodoh…

Kezoom | Monday, August 26, 2013

 

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang jugak dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

 

(Gambar 1987 – Pagi hari raya aidilfitri bersama anak-anak)

 

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan.

 

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

 

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 25 tahun yang lalu.

 

Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

 

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

 

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.

 

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

 

 

(Keluarga bahagia.. Najib, Rosmah , Mohd Norashman dan Nooryana Najwa)

 

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, 32 tahun, Puteri Nerlisa, 28 tahun dan Mohd. Naziffuddin, 25 tahun.

 

Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

 

Pada pagi raya 1987,  Tengku Puteri Zainah dan anak-anak cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing sewaktu gambar mereka di ambil, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun tersebut.

 

Sedangkan, pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber'honeymoon' di Eropah.  Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

 

 

P.S: This kid discovered the first hybrid MPV for his family. He thinks it is cooler than flying chapati.

 

 

image002.jpg
image001.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages