Ha niiiidia….klu ampa nk cr tempt best bolehla mai sini….
Swimming pool pon ada……cikencop dia memey meveloslah….tempt solat semua ada…..
Ha kpd peminat dgng kambing tu bolehla mai sini…..
Mcm2 ado……

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Assalamualaikum!!!
Selepas puas melawat sampah sarap dan 'mongek' di Pulau
Burung, kami bergerak ke bandar Seberang Peraiuntuk mencari hotel bajet (maklumlah hujung-hujung bulan ni tak mampoo la nak berhotel mahal-mahal, lagipon sekadar nak buat tido je, pastu esok pepagi dah
nak blah). Akhirnya jumpa jugak hotel, hairan jugak sebab banyak hotel yang kami pergi semuanya penuh!!! Cuti sekolah kot.
Sebelah malam pulak, kami telah dikidnap oleh teman-teman di Pulau
Pinang, katanya nak bawa kami ke sebuah tempat makan yang best! Wow kalau dah namanya best semestinyalah
aku nak terjah. Lokasi tempat makan malam tu adalah di Puncak Mutiara Cafe. Memang aku tak pernah dengar, tapi menurut kata kengkawan aku tu, tempat nifemes!
Ok, noted..balik nanti kena google. Sah memang femes sebab
ada website yang canggih di SINI.
Untuk ke Puncak Mutiara Cafe dari bandar SB, kalau nak cepat ikut BKE Higway menuju ke Baling dan keluar di susur Kubang Semang. Puncak Mutiara
Cafe ni terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam (GPS Coordinate N5.41517° E100.45613°).
Mula-mula nampak signboard Kampung Pelet ni memang aku tak sangka langsung ada restoran yang sangat
besar di dalam kampung tu. Laluan masuk ke Puncak Mutiara Cafe adalah melalui jalan kampung yang sempit, tanpa lampu jalan (kalau pergi malam memang gelap gila kecuali
ada suluhan lampu dari rumah di kiri kanan jalan). Kalau jumpe kereta dari arah bertentangan, nak berselisih agak payah juga, kena pandai control.
Bila dah sampai ke pintu masuk ke Puncak Mutiara Cafe, fuh baru nampak banyak giler kereta di kawasan letak keretanya yang agak luas. Memang
ramai giler orang datang makan kat situ.
Konsep Restoran Puncak Mutiara ni adalah Agro Restaurant (makan
dalam ladang). Dalam kawasan restoran ni bukan sahaja ada pondok-pondok tempat makan, tapi ada juga ladang di mana pengunjung boleh melihat kambing, lembu, ayam, ituk, arnab dan juga dusun buah-buahan yang merupakan sumber utama bahan mentah bagi masakan di
restoran ini.
Keadaan di dalam kawasan restoran jugak sangat selesa! Bila tengok menu je, berminit-minit kami diskus nak makan apa...siap boleh kupas satu per satu masakan dalam menu tu!!! Setelah jenuh memerah otak pikir nak makan apa (sebab banyak sangat pilihan) akhirnya kami telah memilih untuk makan makanan berikut;-