Setelah
empat tahun aku di India, baru hari ini aku berani untuk menceritakan
tentang "Sistem Kasta" yang pernah dan masih lagi sebenarnya diamalkan
di India nie.
Kalau
di Malaysia kita dok main sebut jer kasta rendahlah...kasta tinggi.
Kalau ada kawan-kawan India yang kita tak suka selalulah si polan tu
kena teriak "pariah !!!". Konon-konon mengikut pemahaman kita golongan
pariah nie adalah dari kasta rendah, hina, jijik dan macam-macam lagi
sifat rendahnya martabat mereka dalam kelompok masyarakat India.
Tapi
tahu tak korang...kelompok "pariah" yang ada hari ini (terutamanya di
selatan India) merupakan komuniti yang hebat dan berjaya samada dalam
bidang akedemik mahu pun jumlah JUTAWAN yang komuniti India hari ini.
Juga, sedar tak korang...?!!!
Sistem
KASTA nie bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat beragama Hindu
semata. Aku kena jelas dan terangkan di sini...Bahawasanya, sistem kasta
yang kita dok benci nie sebenarnya dipraktiskan juga dalam kelompok
sosio-masyarakat lain selain yang beragama Hindu di India.
Tak
kira samada Buddha, Jain, Kristian, Sikh...malahan yang MUSLIM pun ada
mengamalkan sistem kasta dalam kehidupan mereka. Kalau korang tak
percaya just google "Caste System in India". Apa yang akan korang temui.
Satu
lagi...kita dok ingat yang sistem kasta nie...macam hierarki dalam
piramid kedudukan atau darjat dalam masyarakat India (aku maksudkan
bangsa India di India nie...bukan Hindu yer). Namun, itu cuma sebahagian
jer betulnya...Tahu atau tidak anda, bahawasanya juga...perrrkataan
kasta tu sendiri tidak terdapat dalam kamus agama Hindu atau Veda.
Perkataan
KASTA nie sebenarnya dibawa masuk oleh si penjajah British yang cuba
menerangkan sistem pemecahan dalam suku bangsa India yang diamalkan pada
era penjajahan mereka suatu ketika dahulu. Penegasan terjemahan sistem
kasta dilakukan oleh penjajah British adalah semata-mata mahu
mengukuhkan pengaruh mereka di India nie. Kalau aku nak ulas panjang
lagi sebenarnya dalam hal nie. Kalau ada kelapangan aku sentuh dalam
penulisan akan datang.
Dalam Hindu tu sendiri perkataan kasta atau caste
tak wujud. Cumanya, apabila menceritakan tentang "sistem
kasta"...satu-satunya manuskrip purba yang pernah mencatatkan sistem
pola dalam masyarakat secara terperinci adalah datang dari kitab-kitab
agama Hindu...makanya, sistem amalan berkasta ini dikatakan dipelopori
oleh agama Hindu mengikut Veda.
Apa
sebenarnya sistem kasta di India nie ? Secara kasarnya...sistem kasta
yang diamalkan di India nie adalah satu sistem pengkelasan,
pengidentifikasikan (ada ker perkataan tu... ? aku reka sendiri jer...)
atau dasar pecahan suku susur galur sesebuah institusi kekeluargaan
mengikut pengkhususan kerjaya dan darjat keluarga tu. Dalam bahasa
senangnyer...hierarki bangsalah...atau dalam Veda sebut JATI. Apa maksud
JATI nie plak ?
Kalau maksud directnye
adalah "kelahiran". Tapi, dalam konteks veda, Jati merupakan warisan
identiti sesebuah suku kaum itu setelah ianya dilahirkan.
Dalam
hal ini, aku rasa ramai yang dah tahu bahawa dalam sistem berkasta ada
empat golongan yang dikategorikan dalam sistem kasta atau pecahan darjat
tertinggi: 1) Brahmins (pendita/ahli agama), 2) Kshatriyas (pahlawan
tentera, pembesar, pentadbir), 3) Vaishyas (ahli perniagaan, petani,
pengembala lembu), dan 4) Shudras (pekerja buruh, tukang, orang
suruhan). Yang "Pariah" nie kelas tang mana plak ? Kalau korang rujuk
kat graf kat atas tu...golongan "pariah" nie terletak dalam kelas
terbawah sekali dalam sistem hierarki bangsa India yang dipinggirkan
yang digelar "DALIT".
Aku
nak tegaskan di sini. Perkataan PARIAH nie sebenarnya hanya salah satu
suku keluarga dalam bangsa India dalam kategori dalit. Sebenarnya ada
beratus (malahan mungkin beribu) lagi nama-nama suku yang terdapat dalam
kelas dalit.
Kenapa kawan-kawan India kita di Malaysia sangat marah kalau kita panggil mereka dengan panggilan "Pariah !!!".
Sebelum
tu aku tegaskan, dalam amalan kasta India nie...aku tegaskan INDIA
bukan Hindu !!! Sebab aku dah katakan (ini yang aku sedih sebenarnya)
amalan sistem berkasta nie diamalkan hampir seluruh komuniti India di
India nie tanpa sempadan agama.
Sebenarnya,
seandainya seseorang itu dilahirkan dalam kelas DALIT, individu
tersebut telah atau akan diisytiharkan sebagai insan yang tidak boleh
sama sekali disentuh. Tidak boleh disentuh sebab mereka nie suci
ker...??? BUKAN !!! Tidak boleh disentuh atau mereka sendiri tidak
dibenarkan menyentuh orang lain sebab mereka ini ditakdirkan tuhan
(mengikut yang berkasta tinggi) sebagai golongan yang terrrrlalu hina.
Bukan setakat tak boleh disentuh dan menyentuh...golongan dalit juga
TIDAK BOLEH memiliki harta, mereka dihalang/disekat/tidak layak
menjalankan kerja-kerja yang membolehkan mereka mengumpul harta (lebih
hina dari hamba dalam hal ini), tidak punya hak untuk memiliki apa
pun...apatah lagi nak berkahwin dengan suku jati yang lain.
Paling
teruk...mana-mana ahli kalangan jati kelas tinggi nie kalau ada
mana-mana ahli keluarga mereka yang didapati mempunyai hubungan
persahabatan, cuba berlaku baik, bercinta atau kahwin dengan dalit.
Makanya, status kelas jati tinggi mereka akan terus jatuh dalam kelompok
dalit. Ini masih berlaku dalam era moden di India hari ini.
Sebab
itu, kalau korang ingat...dalam filem arwah Tan Sri P. Ramlee yang jadi
Kassim Selamat tu...arwah Tan Sri P. ramlee sendiri dah tunjukkan pada
kita yang sistem kasta tu sendiri bukan diamalkan oleh masyarakat India
di India semata. TETAPI, tanpa kita sedari...bangsa Melayu tu sendiri
kekadang terikut-ikut dengan budaya bangsa lain.
Aku cuma cuba menasihatkan diri aku dan yang membaca...sama-samalah kita merenung maksud firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara".
Ringkas jer maksud ayat tersebut. Namun, berapa kerat kita menghayati
maksud ayat tersebut. Ini bukan hadith Rasullullah. Tapi, perintah nyata
dari Allah kepada kita.
Apa yang dimaksudkan "BERSAUDARA" dalam kamus hidup kita ?
Aku tutup isu blogging kali ini dengan satu gambar graf di bawah untuk korang tafsirkan sendiri.
Geraf di atas di ambil dari sejarah kuno Mesir. Apa pendapat anda ? Anda kaji dan tafsirlah sendiri.
-