Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan?
Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu
bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk
kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar
perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya
tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran
demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak
wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau
ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat
memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit
(muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang
dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan
terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad
untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan
termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju
dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia
dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di
negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di
pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang
di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf
Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi
kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat,
usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka
fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat
untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi
mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia
mahupun di akhirat.
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf
Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu
Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio
dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu
bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak
akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan
nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering
dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia,
Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’,
malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang
Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah
memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.