Akta Gsa Felda Pdf

0 views
Skip to first unread message

Elder Raman

unread,
Aug 4, 2024, 7:55:27 PM8/4/24
to rmanevopin
Ramai orang tidak boleh membezakan antara Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, dan Felda sebagai sebuah badan pihak berkuasa iaitu lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.

"Contohnya, saya berjumpa dengan kenalan seorang ahli perniagaan yang berpengetahuan tinggi (dalam dunia perniagaan). Dia marah pada FGV, katanya 'Apa pasal FGV beli hotel di London?' Saya jawab "sebenarnya bukan FGV yang beli (sebaliknya) yang beli hotel di London itu adalah Felda melalui anak syarikatnya"," jelas Shahrir, memetik laporan Bernama.


Sebelum ini, dalam satu lagi wawancara berlainan, Shahrir dilaporkan sebagai berkata, beliau mendapat gambaran bahawa Felda dalam bahaya dan menerima pandangan itu yang menjadi antara penyebab menerima untuk dilantik sebagai pengerusi baharu agensi itu.


"Saya terima asalkan ia dipisahkan dengan Felda Global Ventures (FGV) kerana dikhuatiri jika menerajui kedua-duanya, ia tidak menjadi. Ini penting bagi memudahkan mereka yang tidak faham peranan Felda dan fungsi FGV," katanya lagi.


Mengulas lanjut, Shahrir berkata, ini beerti orang yang sepatutnya mempunyai kefahaman dari segi dunia perniagaan, kedudukan yang agak kukuh dan tinggi dalam masyarakat perniagaan Malaysia pun boleh keliru dan tidak faham dan tak boleh membezakan di antara Felda dan FGV.


"Di peringkat Felda pula kita mesti mengikut akta dan bergerak mengikut kehendak Akta Felda itu sendiri. Sambil itu, Felda mempunyai anak-anak syarikat kerana Felda mempunyai kuasa untuk menubuhkan anak-anak syarikat. Jadi anak-anak syarikat itu harus dikawal, diuruskan oleh Lembaga Felda ataupun oleh pihak Felda," tambah beliau.


Kertas ini disediakan adalah bertujuan untuk menerangkan kepada warga Peneroka Felda mengenai konsep-konsep asas yang mendasari Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 yang mana lebih dikenali sebagai Akta GSA dikalangan para Penjawat Awam di Pejabat Tanah.


Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta 13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966). Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri.


Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.


Di dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian dengan kawasan pembangunan Persekutuan.


Apabila PBN mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletakhak kepada agensi berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).


Yayasan Felda Ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 20 Ogos 1998 dan mula beroperasi pada tahun 1999 tujuannya untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma. Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan. Yayasan felda juga mempunyai 3 buah kolej yang terletak di Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias . Kolej Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak adalah bagi pelajar yang mengikuti Kursus intensif Bahasa inggeris bertujuan meningkatkan tahap Bahasa inggeris para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.


KUALA LUMPUR - Felda hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang antara lain mendakwa peneroka tanah rancangan berkenaan berisiko kehilangan hak ke atas tanah mereka, sambil menyifatkan dapatan disuarakan dalam artikel berkenaan sebagai tidak tepat.


"Sehubungan itu, kajian ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk memperkenalkan apa-apa dasar baharu yang akan merugikan semua pihak dalam institusi ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Khamis lalu, akhbar berbahasa Melayu itu yang memetik kajian Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid mendakwa wujud sekatan perundangan yang menghalang sebarang pindah milik tanah terbabit kepada generasi kedua. Ini, menurut Rohayu seperti dilapor akhbar berkenaan, berlaku kerana tanah rancangan tersebut tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompok 1967, sekali gus menyebabkan statusnya berbeza dengan tanah biasa di bawah Kanun Tanah Negara.


Mohd Yassin menjelaskan Felda bersama-sama peneroka dan pejabat tanah negeri sentiasa bekerjasama sejak awal sepertimana termaktub dalam Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dalam menangani isu pewarisan dan pemilikan tanah secara holistik.


Tegasnya, pihak pengkaji sepatutnya merujuk kepada pihak pengurusan ibu pejabat Felda bagi memahami isi kandungan akta tersebut terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan dalam kajiannya yang boleh mengundang polemik dalam kalangan warga Felda berhubung isu pewarisan tanah.


Katanya,Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 menyatakan tanah peneroka boleh dipindah milik, dijadikan gadaian dan sewaan, tetapi hanya nama dua orang boleh didaftarkan dalam sesuatu hak milik tersebut supaya tanah tidak dibelah bahagi secara fizikal seterusnya merugikan dari segi ekonomi.


Menjelaskan mengenai halangan jual beli tanah, Mohd Yassin berkata, Felda tidak membenarkan urusan berkenaan kerana wujud syarat tertentu, dan pemiliknya mesti dipastikan bahawa mereka seorang warganegara, berusia 18 tahun ke atas, tidak memiliki tanah pertanian melebihi 0.80 hektar (dua ekar) dan tanah rumah satu lot.


Katanya, tanah peneroka juga boleh diambil balik kerajaan antara lain bagi pembangunan bandar baharu, lebuh raya dan projek Laluan Rel Pantai Timur di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 dengan bayaran pampasan akan dibuat kepada penama didaftar sebagai pentadbir tanah atau setiap waris yang berhak. -Bernama

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages