BukuTeori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan dan membolehkan golongan pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah Dasar atau Pascasiswazah juga pengamal kaunseling untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknik-teknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Buku ini membincangkan tentang teori-teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi yang menjadi panduan dalam menjalankan sesi kaunseling dari segi pemahaman tentang konsep semula jadi manusia. Penghasilan buku ini disertakan dengan kajian kes bagi setiap teori untuk memudahkan pembaca merujuk dan memahami teori-teori yang ingin diaplikasi dengan lebih terperinci. Melalui aplikasi kajian kes dan teori-teori yang dibentangkan dalam setiap bab, para pelajar dan pengamal kaunseling dapat memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing.
Secara keseluruhannya, terdapat empat belas bab yang dimuatkan di dalam buku ini. Bermula dengan bab pertama yang memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes diperkenalkan sebagai rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya. Bab dua hingga bab tiga belas membincangkan tentang teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan, teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkah laku kognitif, teori realiti, terapi berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan integratif. Bab terakhir pula membincangkan tentang pengintegrasian aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling.
Persembahan bab setiap teori meliputi pengenalan pengasas teori, andaian dan asas kepada teori, matlamat terapi, peranan kaunselor, proses kaunseling serta teknik-teknik berkaitan dengan teori yang dipersembahkan. Sesuai dengan latar belakang Malaysia sebagai negara pelbagai budaya , kesesuaian aplikasi teori dalam setting silang budaya akan turut dibincangkan diikuti dengan kelebihan dan kekurangan setiap teori dari segi praktikal. Diharapkan segala yang dipersembahkan dalam buku ini akan menjadi panduan yang berguna kepada para pembaca.
Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi Edisi Kelima ditulis oleh Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. Buku ini merangkumi 23 bab. Setiap bab menjelaskan keperluan teori, peranan kaunselor dan jenis terapi dalam kaunseling. Setiap bab membincangkan mengenai terapi yang diisi dengan maklumat mengenai latar belakang tokoh, konsep, aplikasi teori, matlamat, teknik, peranan kaunselor dan klien, sumbangan terapi berserta limitasi terapi.
Menariknya edisi baharu ini, penulis berusaha melengkapkan tajuk berkaitan teori kaunseling dan psikoterapi di samping memuatkan terapi-terapi yang baharu dalam bidang tersebut. Antaranya, Terapi Bermain, Terapi Feminis dan turut membincangkan peranan kaunselor sebagai individu yang profesional pada bab kedua. Selain itu, sama seperti edisi sebelumnya, pembaca akan memahami penjelasan setiap konsep dan terapi yang wujud kerana buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan susunan penulisan yang mantap menjadikan buku ini amat menarik untuk dibaca. Namun, ilustrasi gambar yang digunakan agak kurang menonjol dan perlu ditambah dengan rajah-rajah yang dapat membantu pemahaman pembaca.
Mereka yang terlibat dan berminat dalam bidang kaunseling dialu-alukan bagi memanfaatkan ilmu yang terdapat dalam buku ini terutamanya untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kaunseling. Tambahan pula, penulis merupakan pakar dalam bidang ini, maka penulisannya adalah sesuatu yang sahih untuk dijadikan rujukan. Tahniah atas usaha pengarang menambahkan koleksi buku dalam bidang kaunseling terutama dalam buku bahasa Melayu. Buku ini amat sesuai dibaca oleh setiap pelajar dalam bidang kaunseling dan dapat dijadikan bahan bacaan kepada masyarakat umum.
Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan dan membolehkan golongan pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah Dasar atau Pascasiswazah juga pengamal kaunseling untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknik-teknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Buku ini membincangkan tentang teori-teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi yang menjadi panduan dalam menjalankan sesi kaunseling dari segi pemahaman tentang konsep semula jadi manusia. Penghasilan buku ini disertakan dengan kajian kes bagi setiap teori untuk memudahkan pembaca merujuk dan memahami teori-teori yang ingin diaplikasi dengan lebih terperinci. Melalui aplikasi kajian kes dan teori-teori yang dibentangkan dalam setiap bab, para pelajar dan pengamal kaunseling dapat memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing.
Secara keseluruhannya, terdapat empat belas bab yang dimuatkan di dalam buku ini. Bermula dengan bab pertama yang memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes diperkenalkan sebagai rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya. Bab dua hingga bab tiga belas membincangkan tentang teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan, teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkah laku kognitif, teori realiti, terapi berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan integratif. Bab terakhir pula membincangkan tentang pengintegrasian aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling
Persembahan bab setiap teori meliputi pengenalan pengasas teori, andaian dan asas kepada teori, matlamat terapi, peranan kaunselor, proses kaunseling serta teknik-teknik berkaitan dengan teori yang dipersembahkan. Sesuai dengan latar belakang Malaysia sebagai negara pelbagai budaya , kesesuaian aplikasi teori dalam setting silang budaya akan turut dibincangkan diikuti dengan kelebihan dan kekurangan setiap teori dari segi praktikal. Diharapkan segala yang dipersembahkan dalam buku ini akan menjadi panduan yang berguna kepada para pembaca.
Profesion kaunseling kini mula diterima masyarakat Malaysia dengan sedikit adaptasi daripada teori-teori barat. Keperluan profesion kaunseling ini boleh dikesan merentasi pelbagai bidang seperti pekerjaan, keluarga dan perkahwinan, pemulihan dadah, persekolahan dan kerjaya, hospital, pemakanan, dan sebagainya. Buku ini cuba membincangkan teori-teori kaunseling asas seperti Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Klien, Teori Gestalt, Teori Tingkah Laku Kognitif dan Teori Tingkah Laku. Pengisian buku ini menekankan proses, kemahiran-kemahiran asas, kaedah aplikasi dan sumbangan teori dalam pembangunan masyarakat. Keistimewaan buku ini ialah menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dijadikan rujukan utama bagi kaunselor, guru, pelajar maktab dan universiti serta individu yang berminat mendalami bidang bimbingan dan kaunseling.
Menampilkan keunikan peranan falsafah dalam pembentukan teori kaunseling. 23 bab yang mengukuhkan maklumat berkaitan teori kaunseling dan psikoterapi dalam menghadapi era dunia berhadapan dengan masalah kesihatan mental. Gerapan bahasa yang mudah disertakan dengan ilustrasi tokoh menjadikan buku sangat signifikan dalam bab ilmu kaunseling
Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku (Rational Emotive Behavior Therapy _ REBn merupakan antara teori psikoterapi yang mendapat sambutan dalam kalangan terapis dan kaunselor di seluruh dunia. Malah, ramai antara pakar motivasi masa kini menyampaikan ceramah dan menulis buku bantu diri dengan menggunak...
Dalam Syarahan beliau, Prof Datin Dr Sapora menyatakan bahawa bidang ilmu kaunseling masih berlatarbelakangkan sekular walaupun usaha untuk melihatnya daripada perspektif agama dan spiritual semakin banyak dilaksanakan. Ahli-ahli psikologi Muslim menghadapi banyak permasalahan dalam kajian ilmu jiwa. Antaranya ialah impak sekularisasi terhadap bidang ilmu.
Dalam memahami paduan dan resiprokaliti antara Timur dengan Barat dalam ilmu kaunseling, Prof Datin menggunakan satu model yang berpaksikan teori Sosiologi Hippolyte Taine (dalam Laurenson dan Swingewood, 1971) yang melihat faktor persekitaran sosial, zaman, dan tasawur sebagai mempengaruhi pembinaan pengarang. Seterusnya, model ini membincangkan elemen ambivalen, mimikri, dan hibrid (Bhaba, 1994) menurut perspektif pascakolonial. Tiga peringkat, iaitu jatuh cinta, rujukan dan pembebasan yang dicadangkan oleh Malik Badri untuk membawa ahli Psikologi Muslim keluar dari lubang biawak dalam menghilangkan rasa tidak percaya diri atau inferiority complex pihak Timur di hadapan Barat turut diaplikasikan. Pengalaman kerjaya ke arah resiprokaliti Timur dengan Barat dalam ilmu kaunseling dikongsi dalam Syarahan Perdana Profesor beliau.
3a8082e126