KERAJAANMALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan
i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 PEMBATALAN 3 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I 1-1 Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat CERAIAN UP.3.1.1 Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 4 Lampiran UP.3.1.1 Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 1-1 CERAIAN UP.3.1.2 Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat 7 Lampiran UP.3.1.2 Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan 1-1 CERAIAN UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia 13 Lampiran UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan 1-1 CERAIAN UP.3.1.4 Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 15 CERAIAN UP.3.1.5 Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib 17 Lampiran UP.3.1.5 (A) Contoh Surat Arahan Penempatan Pemangkuan 1-1
ii PERKARA MUKA SURAT Lampiran UP.3.1.5 (B) Contoh Notis Pemberitahuan Penamatan Pemangkuan 2-1 CERAIAN UP.3.1.6 Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib 19 Lampiran UP.3.1.6 (A) Contoh Kes Pegawai Yang Dikenakan Lebih Daripada Satu Hukuman Tatatertib Dalam Satu Pertuduhan Tatatertib 1-1 Lampiran UP.3.1.6 (B) Contoh Kes Pegawai Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib Dalam Satu Kes Tatatertib Dan Kemudian Menerima Hukuman Tatatertib Dalam Satu Kes Tatatertib Yang Lain Dalam Tempoh Hukuman Yang Lain Masih Berjalan 2-1 CERAIAN UP.3.1.7 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana 22 Lampiran UP.3.1.7(A) Syarat Dan Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Pegawai Kumpulan Pelaksana Di Gred Lantikan (TBK1) 1-1 Lembaran UP.3.1.7(A1) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 2-1 Lembaran UP.3.1.7(A2) Contoh Pemakluman Pegawai Yang Tidak Mencapai Tahap Yang Ditetapkan Bagi Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 3-1 Lembaran UP.3.1.7(A3) Borang Penilaian Semula Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 4-1 Lampiran UP.3.1.7(B) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 5-1 Lembaran UP.3.1.7(B1) Contoh Pemakluman Pegawai Yang Tidak Mencapai Tahap Yang Ditetapkan Bagi Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 6-1 Lembaran UP.3.1.7(B2) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 7-1
iii PERKARA MUKA SURAT Lampiran UP.3.1.7(C) Carta Alir Proses Kenaikan Pangkat Secara TimeBased Berasaskan Kecemerlangan Bagi Kumpulan Pelaksana 8-1 CERAIAN UP.3.1.8 Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam 35 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan
2 Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. PELAKSANAAN 3. Dasar dan peraturan berhubung urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam boleh dibahagi kepada dua (2) perkara seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.3.1 Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.1 Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.3.1.2 Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia Ceraian UP.3.1.4 Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.5 Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib Ceraian UP.3.1.6 Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib Ceraian UP.3.1.7 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Ceraian UP.3.1.8 Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
3 TARIKH KUAT KUASA 4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan AwamNegeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
5 UP.3.1.1 4. Berkuat kuasa 30 Jun 2010, kesemua dasar dan peraturan di para 3 telah dibatalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010: Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalm Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan Urusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 5. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat perlu diperkemaskan untuk disesuaikan dengan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa bagi memantapkan pelaksanaannya di peringkat kementerian dan jabatan. Dasar dan peraturan yang telah dikemaskini adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam di lampiran berkembar. KEKECUALIAN 6. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam panduan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010: Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat 1. KANDUNGAN i 2. SENARAI LAMPIRAN iii 3. TUJUAN 1-1 4. LATAR BELAKANG 1-1 5. TAFSIRAN 1-1 6. PEMANGKUAN Tujuan Pemangkuan 1-3 Jenis Pemangkuan 1-4 Peraturan dan Prinsip Pemangkuan 1-4 Syarat-syarat Pemangkuan 1-4 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 1-5 Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 1-5 Jawatan Untuk Pemangkuan 1-7 Asas Perakuan Pemangkuan 1-7 Kekananan 1-8 Tarikh Kuat kuasa Pemangkuan 1-9 Elaun Pemangkuan 1-9 Penempatan Pegawai Diluluskan Pemangkuan 1-11 Calon Simpanan 1-11 Pegawai Yang Menolak Tawaran Pemangkuan 1-12 Perubahan Pemangkuan 1-12 Penarikan Balik Pemangkuan 1-12 Penamatan Pemangkuan 1-13 7. KENAIKAN PANGKAT Peraturan dan Prinsip Kenaikan Pangkat 1-13 Syarat-Syarat Kenaikan Pangkat 1-15 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 1-15 Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 1-15 Jawatan Untuk Kenaikan Pangkat 1-17 i
ii Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku 1-18 Tarikh Kenaikan Pangkat 1-18 Pegawai Gagal Dinaikkan Pangkat 1-19 Calon Simpanan 1-19 Penarikan Balik Kenaikan Pangkat 1-19 8. KAEDAH PELAKSANAAN 1 - 20 9. RAYUAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT Syarat Mengemukakan Rayuan 1-20 Pegawai Yang Merayu 1-20 Peranan Ketua Jabatan 1-21 Peranan Urus Setia 1-21 Keputusan Rayuan 1-21
1-1 PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan panduan ini ialah untuk menjelaskan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam yang telah dikemaskini. LATAR BELAKANG 2. Urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. Di samping itu, beberapa Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran turut dijadikan panduan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun buat masa ini tiada panduan pengurusan yang khusus mengenai urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan bagi perkhidmatan awam. TAFSIRAN 3. Bagi maksud panduan ini: "anggota" ertinya ahli Lembaga Kenaikan Pangkat atau Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan yang berkenaan; "jawatan kumpulan" ertinya jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai berkenaan sementara menunggu penempatan yang sesuai;
1-4 menjadi asas penilaian sebelum pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred berkenaan. Jenis Pemangkuan 7. Terdapat dua jenis pemangkuan iaitu: (a) pemangkuan ke gred di mana pemangkuan ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan; dan (b) pemangkuan ke jawatan di mana pemangkuan ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Peraturan Dan Prinsip Pemangkuan 8. Peraturan 44 dan Peraturan 45, P.U.(A) 176/2005 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan, boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga, diarah memangku jawatan yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama. Pegawai yang memangku layak dibayar Elaun Pemangkuan. Syarat-Syarat Pemangkuan 9. Bagi tujuan pemangkuan, syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (d) bebas dari hukuman tatatertib; (e) telah mengisytiharkan harta; (f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (g) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan (h) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.
3a8082e126