Mediamassa meliput media cetak seperti akhbar dan majalah manakaa media elektronik pula melibatkan televisyen, radio serta internet. Kepentingan media massa dalam masyarakat ini ialah memastikan rakyat mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ini selaras dengan konsep masyarakat bermaklumat. Ada juga pendapat yang mengaitkan media massa terlalu banyak memaparkan informasi sehingga sukar untuk diterima dan difahami oleh mereka yang melihatnya lalu menjadikan maklumat itu tidak berguna. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh media cetak harus difahami untuk mengetahui impak yang dibawanya itu.
Sudah pasti peranan paling ketara yang mampu dimainkan oleh media cetak seperti akhbar dan majalah itu ialah media ini melaporkan berita yang berlaku di negara dan seantero dunia untuk makluman kita semua. Pendedahan berita yang dibuat oleh media cetak menyebabkan masyarakat memahami perkara yang sedang berlaku di dunia dengan lebih mudah dan pantas berbanding masa dahulu yang mungkin mengambil sedikit masa. Pengetahuan mengenai berita semasa ini boleh menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih bermakna kerana mereka sendiri berasa terlibat dalam setiap berita yang disiarkan itu. Maka, peranan media massa dalam mendedahkan sesuatu kejadian sebagai satu berita yang boleh menjadian masyarakat kita lebih berinformasi tentang keadaan sekelilingnya.
Pada masa yang sama, media cetak berbeza dengan media elektronik mampu membuat analisa berita yang lebih mendalam untuk dbaca berulang kali oleh masyarakat. Pembacaan artikel yang sebegini kritis mampu membuka minda masyarakat menjadi lebih matang dalam menilai dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara tersebut. Rencana yang disiarkan juga biasanya ditulis oleh wartawan atau penulis yang berpengalaman luas tentang sesuatu aspek yang dibicarakan itu untuk memberikan pandangan yang berbeza buat masyarakat pula. Jelaslah, media cetak berupaya menyalurkan maklumat yang lebih kritis untuk tatapan masyarakat kita.
Selain itu, berita dan rencana yang disiarkan oleh media cetak mampu memberi pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar. Berita kejadian jenayah menjadikan kita lebih berwaspada manakala berita tentang kesihatan menjadikan manusia lebih peka akan aspek pemakanan dan berita tentang politik membuatkan rakyat negara in sedar akan hak mereka sebagai penentu pemerintahan negara. Maka, semua berita yang disiarkan oleh media massa membolehkan masyarakat menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.
Tambahan pula, salah satu kepentingan media massa ialah menjadi alat yang memantu meningkatkan tahap bacaan atau celik huruf di negara ini. Kita sudah sedia maklum bahawa untuk menghayati berita media cetak ini seseorang itu perlulah mahir dalam pembacaannya dan semakin banyak berita yang dibaca maka semakin mahirlah aspek pembacaan seseorang itu. Media cetak menjadi satu saluran yang paling mudah untuk mendidik masyarakat kita supaya suka membaca dan menghargai bahan bacaan dengan efektif. Sesungguhnya, media cetak berupaya menjadikan seluruh rakyat negara ini mahir dalam bacaan mereka pada tempoh yang singkat.
Kesimpulannya, media cetak memang mempunyai banyak peranan yang boleh memajukan masyarakat kita. Usaha untuk memberi galakan supaya lebih banyak bahan media cetak dihasikan dinegara ini harus ditingkatkan dengan seberapa segera yang mungkin. Bukan sahaja masyarakat boleh menikmati faedahnya tetapi pelajar juga boleh menggunakan bahan dalam media cetak menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis karangan. Media cetak lambang kemajuan sesebuah negara dan masyarakatnya.
Umpama struktur badan manusia, pendahuluan karangan boleh diibaratkan sebagai kepala yang merupakan pusat kepada seluruh fungsi badan. Begitu juga dengan pendahuluan di mana ia merupakan komponen penting dalam struktur karangan daripada pendahuluan kepada isi-isi penting dan kemudian penutup. Berikut dikongsikan jenis-jenis pendahuluan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu sebagai panduan semua.
Pendahuluan atau pengenalan adalah berfungsi untuk menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan. Selain itu, pendahuluan dapat menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan serta menarik perhatian dan minat pembaca. Ciri-ciri pendahulan yang baik adalah tepat dengan kehendak soalan, jelas dan sesuai dengan kehendak soalan. Tambahan pula, menggunakan bahasa yang tepat dan jelas, ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan ditulis dalam satu perenggan dan tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.
Pendahuluan definisi akan dimulakan dengan memberikan makna atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan. Ia adalah sesuai untuk karangan jenis diskriptif dan perbahasan. Pemberian definisi terus daripada kamus juga digalakkan di mana sumber penulisan pelajar dipercayai dan tepat.
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 2000 kepada 43 210 kes pada tahun 2003. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah
Pendahuluan bagi pendapat tokoh lazimnya digunakan apabila pendapat tokoh tersebut berkait dengan soalan karangan yang diberikan. Tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China.
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang kami lalui nanti. Semakin banyak pokok dan tanah ditebang dan ditarah bagi membuka tanah pertanian atau dijadikan hotel bagi pelancong menginap di kawasan tanah tinggi ini.
Pendahuluan jenis persoalan digunakan apabila pelajar ingin menyatakan persoalan terhadap tajuk karangan yang diberikan. Pelajar perlu mengemukakan beberapa ayat pertanyaan yang berkaitan dengan tajuk karangan. Ia sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan diri seorang individu?
Seterusnya, pendahuluan jenis peribahasa, pepatah atau cogan kata memerlukan pelajar betul-betul memahami maksud peribahasa yang ingin digunakan dan berkaitan dengan tajuk. Ia adalah sesuai untuk digunakan dalam karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes ponteng sekolah di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 membuktikan bahawa gejala ponteng sekolah telah meningkat kepada 11 peratus berbanding hanya 9 peratus pada tahun 2010. Gejala ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru sekolah dan juga masyarakat perlu seia dan sekata serta sederap melangkah bagi menangani masalah ini.
Pendahuluan tajuk berita digunakan apabila pelajar ingin menarik minat pembaca dengan meletakkan tajuk berita yang berkaitan dengan tajuk karangan yang ingin dijawab. Pelajar perlu memetik tajuk berita atau keratan akhbar dengan betul dan tepat agar tidak terpesong daripada kehendak soalan.
Pendahuluan jenis puisi, sajak, syair, lagu atau pantun hendaklah berkaitan dengan tema atau tajuk karangan yang diberikan. Bimbingan daripada guru dalam penggunaan bahasa yang agak berat adalah perlu oleh pelajar supaya pelajar memahami puisi, sajak, syair, lagu atau pantunyang ingin digunakan dengan tepat.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.
3a8082e126