KERAJAANMALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUBATAN VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan
iii KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUAT KUASA 4 PEMBATALAN 4 PEMAKAIAN 4 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Perbelanjaan Kemudahan Perubatan CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan 7 Lampiran SR.2.1.1(A) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Ubat 1-1 Lampiran SR.2.1.1(B) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Alat 2-1 Lampiran SR.2.1.1(C) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Perkhidmatan Perubatan 3-1 Lampiran SR.2.1.1(D) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Penyakit Buah Pinggang 4-1 Lampiran SR.2.1.1(E) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kemandulan 5-1 Lampiran SR.2.1.1(F) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kepakaran 6-1
iv PERKARA MUKA SURAT Lampiran SR.2.1.1(G) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn Bhd. 7-1 Lampiran SR.2.1.1(H) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kecemasan 8-1 Lampiran SR.2.1.1(I) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Luar Negeri 9-1 Lampiran SR.2.1.1(J) Borang Perubatan 1/09 - Permohonan Perubatan Bagi Ubat/Alat/Perkhidmatan Perubatan/Rawatan 10-1 Lampiran SR.2.1.1(K) Borang Perubatan 2/09 - Permohonan Perubatan Bagi Rawatan Kecemasan Di Hospital/Klinik Swasta 11-1 Lampiran SR.2.1.1(L) Borang Perubatan 3/09 - Permohonan Perubatan Bagi Rawatan Di Luar Negeri 12-1 CERAIAN SR.2.1.2 Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan 14 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam CERAIAN SR.2.2.1 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam 16 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan CERAIAN SR.2.3.1 Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan 18 Lampiran SR.2.3.1 Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai 1-1
v PERKARA MUKA SURAT Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara/Negara Ketiga Atas Urusan Persendirian CERAIAN SR.2.4.1 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian 20 Lampiran SR.2.4.1 (A) Amaun Perlindungan Insurans Perjalanan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan 1-1 Lampiran SR.2.4.1 (B) Kadar Premium Bagi Perlindungan Insurans Perjalanan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian 2-1 Lampiran SR.2.4.1 (C) Borang Tuntutan Bayaran Balik Premium Perlindungan Insurans Perjalanan 3-1 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam CERAIAN SR.2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam 25 Lampiran SR.2.5.1 Borang Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif 1-1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah CERAIAN SR.2.6.1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan 28 Lampiran SR.2.6.1 (A) Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pesara 1-1 Lampiran SR.2.6.1 (B) Proses Permohonan 2-1
1 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUBATAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai kemudahan perubatan yang diperuntukkan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974, pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran. 3. Di samping itu, Kerajaan juga telah bersetuju supaya kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah dari segi undang-undang bagi pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan.
2 PELAKSANAAN 4. Kemudahan perubatan kepada pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan. Sekiranya kemudahan tidak dapat diperolehi di klinik/hospital Kerajaan, kemudahan perubatan boleh diperolehi di klinik/hospital swasta atas tanggungan Kerajaan mengikut peraturan berkuat kuasa seperti berikut: i. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat; ii. Perbelanjaan bagi pembekalan alat; iii. Perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan; iv. Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang; v. Perbelanjaan bagi rawatan kemandulan; vi. Perbelanjaan bagi rawatan kepakaran; vii. Perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd.; viii. Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan; dan ix. Perbelanjaan bagi rawatan luar negeri. 5. Peraturan mengenai pelaksanaan kemudahan perubatan dalam Perkhidmatan Awam diperincikan melalui enam (6) perkara seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.2.1 Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Ceraian SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan yang meliputi sembilan (9) perkara berikut: i. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Ubat; ii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Alat; iii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Perkhidmatan Perubatan; iv. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Penyakit Buah Pinggang; v. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kemandulan; vi. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kepakaran;
3 KOD CERAIAN TEMA vii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd.; viii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kecemasan; dan ix. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Luar Negeri. Borang Tuntutan i. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan (Borang 1/09) ii. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan Kecemasan Di Hospital/ Klinik Swasta (Borang 2/09) iii. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan di Luar Negeri (Borang 3/09) Ceraian SR.2.1.2 Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan SR.2.2 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam Ceraian SR.2.2.1 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam SR.2.3 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan Ceraian SR.2.3.1 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan
4 KOD CERAIAN TEMA SR.2.4 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara/Negara Ketiga Atas Urusan Persendirian Ceraian SR.2.4.1 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Untuk Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian SR.2.5 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ceraian SR.2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam SR.2.6 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Ceraian SR.2.6.1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan TARIKH BERKUAT KUASA 6. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua PerkhidmatanAwam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
9 SR.2.1.1 Kelayakan 4. Kemudahan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini secara keseluruhannya adalah layak diberikan kepada: i) pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak (merujuk kepada pegawai lantikan secara contract of service di bawah Ceraian UP.1.1.1 dan pindaannya dari semasa ke semasa) dan sementara; ii) pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Skim Pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara atas sebab-sebab berikut: (a) bersara apabila mencapai opsyen umur bersara; (b) atas sebab kesihatan; (c) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (d) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki; (e) atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau (f) mati dalam perkhidmatan. iii) ahli keluarga seperti mengikut peruntukan Perintah Am 1 (iii) Bab F (Perubatan) Tahun 1974 bagi pegawai dan pesara sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas. 5. Kemudahan perubatan ini adalah dibenarkan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut: i) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah bagi pegawai yang tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sahaja;
10 SR.2.1.1 ii) maklumat peribadi mengenai ibu bapa yang sah yang layak diberi kemudahan perubatan yang dibenarkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan dan dicatatkan di muka surat tiga (3) dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai mengikut format seperti berikut: Nama Bapa kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : Nama Ibu kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : iii) sebarang perubahan berkaitan dengan perenggan (ii) di atas hendaklah dimaklumkan semula secara rasmi kepada Ketua Jabatan; iv) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja; v) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawai sama ada seperti mengikut penetapan di dalam Ceraian SR.2.3.1 atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management Information System [HRMIS]) hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital/klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin mendapatkan kemudahan perubatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan butir-butir yang dinyatakan di dalam surat pengesahan/aplikasi elektronik adalah tepat berdasarkan maklumat yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; vi) kelayakan wad bagi ibu bapa yang sah adalah ditentukan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai; vii) ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan seperti mengikut penetapan di perenggan 4 (ii) di atas boleh memilih untuk menggunakan kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakan sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai; dan
3a8082e126