Raja Ahmad ialah putera ke-5 yang diutuskan ke Perak (membantu Perak
menentang Siam -Kedah) oleh ayahanda baginda iaitu Sultan Ibrahim.
Pada masa yang sama Selangor turut diancam Belanda. Sultan Ibrahim
mangkat pada 1826.
Raja Ahmad adalah seorang putera (juga panglima perang Selangor) yang
cukup berani dan kuat ilmu agamanya.
Dalam salasilah Raja Selangor, zuriat raja ahmad tidak dinyatakan,
setakat dinyatakan bahawa telah berkahwin dengan anak perempuan Encik
Malik. Jadi siapa pula anak Encik Malik?
Persoalannya adakah En. Malik itu merujuk kepada Paduka Sultan Abdul
Malik (Sultan Perak ketika itu).
Teori ini merujuk bahawa Sultan Abdul Malik mengambil Raja Ahmad
sebagai anak angkat dan dikahwinkan dengan puteri baginda. Jadi siapa
pula Raja Che Puan Busu itu? Adakah dia anakanda Sultan Abdul Malik?
Ada seorang pakar sejarah Kesultanan Perak di Bukit Chandan Kuala
Kangsar turut bersetuju dengan perkara ini. Beliau ialah YM Raja Ali
Raja Amran (kerabat Raja Perak).
Kenapa Raja Ahmad diajadikan anak angkat?
baginda dijanjikan jawatan Sultan Muda jika berjaya mengusir musuh.
Angkatan selangor yang diketuai Raja Ahmad membantu angkatan Perak
lawan musuh (Siam-Kedah). yang nyata, Perak diserang bermula di utara
Perak...iaitu di Kerian (sempadan Baharu-Parit Buntar), Larut Matang-
Selama dan Gerik.
Raja Ahmad Johan Berdaulat telah dikatakan ghaib di Sungai Perak...ini
seperti cubaan menutup fakta sebenar.
Sebenarnya, Raja Ahmad tidak mahu kembali ke Istana dan menyembunyikan
identiti (sehingga kini menjadi misteri kecuali waris yang ada
mengetahuinya bersama bukti-buktinya). Baginda kecewa dengan huru-hara
perebutan takhta di Istana (Perang Saudara) tambahan dengan pakatan
pihak Inggeris (setelah Inggeris berjaya dengan kuasa Residen)mahu
membunuh para pejuang yang kuat berpegang dengan agama Islam.
Sultan Ibrahim murka kerana anakandanya hilang tanpa dapat
dikesan...Maka Selangor mahu tuntut ganti rugi..Perak mesti tunduk
kepada Selangor. Akibatnya Perak kena serangan 2 penjuru (Siam-Kedah
di utara dan Selangor di selatan)..akhirnya Perak terdesak meminta
campurtangan Inggeris.
Nak tanya susur galur keturunan raja Selangor ...tanya orang ini ...
susu...@hotmail.co.uk
Nak tanya kesahihan bahawa Raja Ahmad Johan Berdaulat itu anak angkat
dan menantu Sultan Abdul Malik, tanya dan siasatlah maklumat daripada
Raja Ali Raja Amran yang berada di Bukit Chandan (bonda tahu rumah)
-Sekian, Wallahua'lam.
Kumie