Halal Bestari Trading
unread,Jul 14, 2009, 11:04:38 PM7/14/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Hikayat Raja Muda Ahmad
3) Perang Kedah ( Siam) dan Perak 1822-1825
Sekitar 1800-1820, Negeri Kedah adalah dibawah pengaruh Siam. Siam
sedang berperang dengan Burma.
Jadi Raja Siam (Thai) menyuruh Kedah menyerang dan menguasai Perak
yang kaya dengan hasil bijih timah untuk sumber kewangan peperangan di
Wilayah Ayuthia. Sempadan Perak-Kedah tidak jelas...Daerah Kerian
menyaksikan pertempuran yang hebat di antara tentera Kedah-Siam lawan
tentera Perak-Selangor yang diketuai Raja Ahmad Johan Berdaulat.
Raja Ahmad ditawarkan jawatan Sultan Muda jika berjaya mengusir musuh
daripada jajahan Perak. Bala tentera Perak-Selangor masuk melalui
jalan laut menyusur Sungai Kerian..mendarat suatu kawasan di sempadan
Parit Buntar-Bandar Baharu. Kubu mereka di sana.
Pertempuran hebat berlaku di sebuah padang (bendang). Pada 1820, Perak
akhirnya menang di Kerian... tetapi alangkah sedihnya apabila sesama
rumpun melayu dan beragama Islam berbunuhan kerana tunduk pada kafirin
Siam dan berebut jajahan. Menurut riwayat orang lama (yang ni Inggeris
tidak mencatitkan sebagai sejarah), jajahan Perak adalah sehingga ke
Nibong Tebal.
Orang Inggeris mengambil kesempatan didalam pertelingkahan tersebut
untuk membantu Kedah, Perak dan Selangor agar berdamai. ..Siam kena
keluar dari Kedah dan Perak, Perak pula kena terima penasihat
Inggeris. Pemerintah di Perak, Kedah dan Selangor semuanya disusun
oleh Inggeris. mana-mana raja dan keturunan yang menentang cara
Inggeris akan diburu dan dibunuh oleh pakatan mereka..
Lantaran itu, Raja Ahmad berasa amat sedih dan meninggalkan segala
gelaran dan seterusnya bertariqat, hidup sebagai orang biasa. Sejarah
Perak kata baginda ghaib..padahal baginda tidak mahu lagi balik
Istana, berhubung kait dengan Istana yang penuh kacau-bilau dan
perebutan takhta. benda ni sengaja tak diadakan dalam catatan orang
putih. Baginda memang mengamalkan ilmu agama Islam peringkat tinggi
sehingga terkenal dengan gelaran Sultan Waliyullah oleh orang Perak.
Nak tahu lagi? Baginda ada waris di Kerian. Namanya raja Ali
Raja Ali ibni Raja Ahmad pula terkenal dan digeruni di perairan Kerian
khususya di Bagan Serai..Ilmu kepahlawanan Bugis dengan pusaran air
sungai dan buaya ganas sentiasa mengancam polis dan askar Inggeris.
Baginda digelar Tok Mat Ali oleh penduduk tempatan.. Buktinya, meriam
keramat baginda masih ada di Kerian. boleh lihat di IPD Polis Kerian
di Bagan Serai dan ada sebuah pulau di Bagan Serai iaitu Pulau Tok Mat
Ali..
Inggeris dan pemerintah pada masa itu melabel Raja Ali ni ketua
lanun...baginda ditipu Inggeris dengan menawarkan jawatan raja di
Perak, akhirnya baginda dan panglima-panglimanya ditangkap..
Dengan ilmu yang ada, baginda berjaya melepaskan diri dari penjajah
dan sekutunya. Baginda pun menyamar sebagai orang biasa sehinggalah
keturunan yang ada sekarang di Bagan Serai tidak memakai lagi gelaran
Raja. Keris Raja Ahmad masih disimpan waris baginda (waris yang
menyertai Perang Kerian) di Bagan Serai, Perak.
Mana mungkin orang tahu melainkan waris yang ada tahu sejarah sebenar
bangsa dan keturunannya.
MALANGNYA SEMUA INI TIDAK DIREKODKAN DALAM SEJARAH NEGARA KITA DENGAN
JELAS ATAU MUNGKIN TIDAK AMBIL TAHU...