1)Petikan maklumat daripada website rasmi Sultan Perak

62 views
Skip to first unread message

Halal Bestari Trading

unread,
Jul 14, 2009, 11:00:44 PM7/14/09
to Hikayat Raja Muda Ahmad
1)Petikan maklumat daripada website rasmi Sultan Perak
Hakcipta 2005 Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi
pejs...@sultan.perak.gov.my
SULTAN MUDA RAJA AHMAD


Makam Almarhum Raja Ahmad Wali Allah
Sultan Muda Raja Ahmad Shah adalah putera Sultan Abdul Malik, Sultan
Perak yang ke 19. Sultan Abdul Malik mempunyai dua orang putera yang
sulung bernama Sultan Muhammad Shah 1. Pada mulanya Raja Ahmad
bergelar Raja Kecil Tengah dan beristerikan Raja Che Puan Busu,
seorang anak Raja Bugis bernama Daing Masoh. Raja Ahmad kemudian
bergelar Raja di Hilir, diikuti dengan gelaran Sultan Muda. Nama
sebenar Raja Puan Busu ialah Che Long.

Sultan Ahmad Muda Shah mempunyai tiga orang anak iaiatu Raja Che Puan
Muda, Raja Ngah Jaafar, Sultan Ja'far Mua'azzam Shah - Sultan Perak
yang ke-23 dan Raja Alang Iskandar - Bendahara Alang Iskandar (Marhum
Teja).

Makam Baginda Almarhum tidak wujud kerana baginda dikatakan ghaib
begitu sahaja. Yang ada hanyalah Batu Peringatan Marhum Sultan Muda
Raja Ahmad Shah Waliullah dan bukan bergelar "Marhum Waliullah",
kerana Makam Marhum Waliullah (Sultan Jaa'far Mua'azzam Shah Ibni
Almarhum Sultan Muda Ahmad Shah cucu Almarhum Sultan Abdul Malik
Mansur Shah) terletak di Pulau Juar.

Raja Ahmad Shah dipercayai merupakan seorang Pawang di-Raja, sebab itu
Baginda bergelar Sultan Muda. Baginda memainkan peranan penting di
dalam Istiadat Pertabalan Sultan-Sultan Perak, seperti menjaga Jin
Kerajaan Perak di Beting Beras Basah dan sepanjang Tebing Batang Air
Sungai Perak.

Telah menjadi adat setiap raja yang telah ditabalkan menjadi Sultan
Perak dan tiap-tiap Sultan yang telah mengadakan Istiadat Tabal Pusaka
dan Bersiram Tabal mesti menziarahi makan-makam marhum yang dahulu.

Makam Raja Kechil Tengah, Almarhum Raja Ahmad terletak di Kuala Sungai
Terus, Mukim Pasir Panjang Laut. Asalnya Cuma sebuah nisan, tetapi
sekarang telah dipinda oleh Persatuan Sejarah Daerah Hilir Perak dan
digantikan dengan batu peringatan. Makam ini telah dibaiki oleh
Muzium Negara dengan membuat baru berpagar sekeliling.


PENAFIAN:
Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
© Hakcipta 2005 Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi
pejs...@sultan.perak.gov.my

=======================================================================
Komen cucunda.....
Terdapat keraguan
1)Baginda dikatakan ghaib begitu sahaja.
Setiap sesuatu ada sebabnya,mengapakan pihak Istana tidak mencari
jawapannya....................
2)Baginda anak Sultan Abdul Malik.
Adakah Baginda benar-benar anak Sultan Abdul Malik?
Mengapakah mempunyai kepakaran sbg Pawang Diraja dan pula mengetuai
istiadat pertabalan Sultan.Adakah Bendahara atau orang besar ber 4
tidak layak.


Banyak lagi yang perlu dihuraikan...........
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages