Halal Bestari Trading
unread,Jul 14, 2009, 11:03:18 PM7/14/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Hikayat Raja Muda Ahmad
2) Latarbelakang Daerah Kerian
Lokasi
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini
bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang
Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur
dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan
Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.
Sungai Kerian
Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah
negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga
negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di
Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah
Seberang Perai Selatan.
Cara ke sana
Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari
Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala
Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit
Buntar atau Bandar Bagan Serai).
Asal-usul nama
Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di
Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes
jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah
menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam
perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri)
iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan
Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi
bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak
pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah
dipilih dan diubah kepada "KERIAN".
Muka bumi
Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai
pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang
918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini
adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian
kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.
Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan
Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut.
Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan
Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan
Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah
ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.
Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai
kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara
atas angin.
Pentadbiran daerah
Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit
Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai,
Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah
tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk
mentadbir 246 unit kampung.
Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim
Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan
Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.
Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini
ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak
di Parit Buntar.
Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung
Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.
Ekonomi
Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat
kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah
dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air
dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah.
Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.
Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai
Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.
Penduduk
Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk
Daerah Kerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666
orang lelaki (48.09%) dan 75,909 orang perempuan (51.01%). Kepadatan
penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit
Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing
merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar
pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4 setahun.
Masyarakat Banjar
Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan
Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang
mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.
Ikhwanul Muslimin
Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang
disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan
kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan
berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk
kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi
persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.
• 1950 Persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran
UMNO . Telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO.
• 1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah
kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang
telah keluar dari parti ialah Haji Ahmad Fuad , Haji Maliki dan Haji
Ahmad Badawi.
Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan
awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan
menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung
Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir . Paling
mutakhir pemimpin PAS yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan
Negeri N9 kawasan Gunung Semanggol adalah Sabran bin Haji Asmawi yang
memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.
Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan
Muhibuddin Shah telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al
Baqir , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak
Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak
menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui
penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.