You do not have permission to delete messages in this group
Copy link
Report message
Show original message
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Hikayat Raja Muda Ahmad
Banyak andaian mengatakan Raja Ahmad adalah anak Sultan Abdul Malik
termasuklah Website Diraja Perak sekarang.
Saya sangkal sama sekali...........
Selangor menghantar Raja Ahmad ( Putra Raja Haji Riau) ke Perak untuk
melindungi Perak daripada ancaman Kedah/Siam.
Baginda dikahwinkan dengan Puteri Sultan Abdul Malik yang bernama Che
Puan Busu @ Che Long untuk merapatkan persahabatan antara Selangor dan
Perak (Susur Galur - Salasilah tepat disusun oleh Persatuan Keluarga
Jamalullai KL.)
Tiada seorang pembesar di Perak yang sanggup mengepalai angkatan
perang Perak melawan Siam yang sedang mengganas dan hampir dengan
Kuala Kangsar.
Raja Ahmad bersetuju untuk menjadi ketua turus perang menentang Kedah/
Siam pada tahun 1822 dan Sultan Abdul Malik berjanji untuk menjadikan
Raja Ahmad sebagai penggantinya dan elaun perang akan diberi sekiranya
dapat menghalau Kedah/Siam keluar daripada tanah Perak.
Alhamdulillah Kedah/Siam dapat ditewaskan dan apabila Raja Ahmad
kembali keistana pada tahun 1825 , pihak istana telah melantik Sultan
Abdullah sebagai Sultan.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan Raja Ahmad telah membawa diri ke
Kerian bersama anak Sulung Raja Mokhtar dan Raja Ali.Baginda bersumpah
bahawa Istana Perak tidak akan aman sehinggalah dipulangkan kembali
hak-hak yang sepatunya diberikan kepada keturunannya.