Salam En Azim,
Terima kasih kerana telah menghubungi saya untuk memberikan penerangan. Terima kasih juga kerana menghantar data pada 7 Febuari lepas yang merangkumi:
1. Raja Alias 1 - lengkap -sedang kami proses untuk create ID dalam sistem.
2. Raja Alias 3 - Senarai peneroka dan penerokawati lengkap, namun tidak mengikut blok. Mohon data mengikut blok untuk tujuan persampelan.
3. Lui Timur dan Pasoh 04 - Kami masih menunggu senarai tersebut untuk dimasukkan ke dalam sistem.
Kami maklum daripada kajian lapangan kami di Raja Alias sebanyak 2 kali pada minggu lepas dan minggu sebelumnya bahawa proses mengemaskini data masih dilakukan. Justeru, kami amat berterima kasih di atas bantuan En Azim dalam mendapatkan data ini.
Oleh kerana fasa kajian kami kali ini berbentuk kuantitatif, kami perlu melakukan persampelan yang lengkap. Kami akan memasukkan ID secara berperingkat berdasarkan data yang diperolehi. Apabila telah lengkap, kami akan melakukan persampelan dan kemudiannya masuk ke Raja Alias untuk pengumpulan data sehingga selesai (dianggarkan sekitar 7-10 hari).
Terima kasih.
--
"BERILMU BERBAKTI"
"WITH KNOWLEDGE WE SERVE"
ASSOC. PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN
Deputy Director,
Research and Innovation Promotion Division,
Putra Science Park,
Office of the Deputy Vice Chancelor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
Phone: (603) 8947 1241/1246
Fax: (603) 8947 1635