Salam sejahtera semua ahli PEaCE,
Sebagai menyahut seruan Dato TNCPI dan TDPS FPP, saya mohon rakan2 yang belum mempunyai ERGS untuk memohon geran ini, khususnya untuk membiayai penyelidikan pelajar siswazah masing-masing. Bila kita mempunyai geran, pelajar siswazah kita akan mendapat manfaat dari segi peluang untuk menjalankan penyelidikan dengan lebih hebat dan mantap, merangkumi sampel yang besar, boleh membeli buku-buku rujukan utama, membayar lesen instrumen, membeli perisian statistik, membayar upah enumerator untuk membantu dalam pengumpulan, key in dan analisis data, membayar yuran professional editors, yuran jurnal dan pelbagai perkara lagi yang boleh melonjak naikkan kualiti penyelidikan dan tesis mereka, sekaligus menjamin penghasilan graduan siswazah yang benar-benar hebat dan bertaraf scholar.
Rakan-rakan boleh:
1. Kumpulkan pelajar siswazah di bawah penyeliaan anda dan bincang bagaimana untuk "tweak" penyelidikan masing-masing agar sesuai dengan kehendak ERGS. Sekiranya pelajar kita membuat eksperimen contohnya, beliau masih boleh memohon ERGS dengan menumpukan kepada bahagian deskriptif (contohnya ujian pra). Sekurang-kurangnya ini menjamin penghasilan instrumen yang benar-benar baik untuk eksperimen tersebut. Pelajar itu bahkan boleh menggunakan geran untuk membuatkan seminar dan bengkel untuk penghasilan instrumen yang benar-benar mantap dengan menjemput pakar2 dlm bidang. Pelajar yang membuat kajian eksploratori sudah tentu sangat layak memohon geran ini.
2. Kumpulkan semua bahan (borang terkini, garis panduan dan contoh2 ERGS serta permohonan terdahulu) dan berikan kepada mereka.
3. Minta mereka "bermukim" selama tempoh tertentu di perpustakaan dan di fakulti untuk menyiapkan borang. Sepanjang tempoh ini kita boleh "drop by" untuk bimbing mereka.
4. Draf final peringkat ini boleh kita bincangkan sama-sama dalam komuniti PEaCE sebelum dihantar.
5. Student2 yang memang rasanya tak sesuai langsung untuk mohon ERGS, minta mereka isi terus borang RUGS kerana RUGS akan keluar tak lama lagi. Selain itu, terdapat juga tawaran daripada KPT untuk biayai penyelidikan yang berkaitan PSPTN yang boleh dimajukan bila2 masa.
Saya cadangkan:
Dr. Umi boleh juga lihat bahagian mana daripada proposal luar baru-baru ini yang boleh diadaptasi untuk mohon ERGS (will email the thing you asked for tomorrow ya).
Dr. Norlizah/Dr. Ros mohon bekerjasama dengan Hasny untuk apply. Either one of you can lead.
Saya cckan juga kepada semua pelajar saya untuk take note. We will be discussing this in our next Gerak Gempur meeting.
Para RA FELDA juga mungkin berminat untuk apply untuk tesis masing-masing. Sila bincang dengan penyelia anda.
Lastly, I am also cc ing this to friends outside PEaCE who might be in the process of applying for grants.
Marilah kita sama-sama bantu pelajar kita agar mereka dapat semua sokongan yang diperlukan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan yang benar-benar mantap.
Tq.
Ikhlas,
Samsilah
---------- Forwarded message ----------
From:
Ismi Arif Ismail <is...@putra.upm.edu.my>
Date: 2013/1/12
Subject: Permohonan Geran Penyelidikan FRGS dan ERGS
To: Fatimah Suria Mohd Shafie <
gund...@putra.upm.edu.my>
Cc:
all...@ace.upm.edu.my,
all...@educ.upm.edu.my, Rosrizal Mohd Zain <
rosr...@putra.upm.edu.my>,
de...@educ.upm.edu.my,
educ_a...@putra.upm.edu.my,
educ_s...@putra.upm.edu.my
Salam YBhg Prof Dekan dan Para Penyelidik Fakulti yang saya hormati sekelian,
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, pada tahun 2012 kita telah menghantar 6 proposal FRGS untuk dinilai sebelum diangkat ke KPT. Jumlah yang agak sedikit ini telah mendapat perhatian Dato' TNCPI dan beliau memohon agar penyelidik FPP dapat mengambil kesempatan memohon geran yang lain (Disebut secara tersirat dalam pembentangan KPI UPM di Marriot pagi tadi). Yang terdekat ialah geran ERGS yang akan dihantar ke RMC pada 21 Januari 2013. Untuk itu, saya dengan rendah diri memohon semua ketua kumpulan penyelidikan iaitu, PM Dr Samsilah Roslan, PM Dr Rusnani Abdul Kadir, Dr Abdullah Mat Rashid, Dr Soaib Asimiran, PM Dr Wong Su Luan, PM Dr Arshad Abd Samad, Dr Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PM Dr Aminuddin Yusof, Dr Fadzillah Abdul Rahman bersama semua ahli kumpulan masing-masing serta digerakkan oleh Ketua-ketua Jabatan untuk menyediakan proposal ERGS sekurang-kurangnya 3 bagi setiap kumpulan dan jabatan untuk dibantu oleh pejabat TDPS dan PMC sebelum dihantar ke RMC UPM. Saya juga memohon jasa baik para profesor di FPP untuk juga memohon dan tiap-tiap seorang mengetuai ERGS pada kali ini. Altogether InsyaAllah kita cuba target minimum 30 proposal dari FPP kali ini! It is possible dengan melihat semula proposal dan kajian Tuan/Puan sebelum ini yang boleh diubahsuai untuk mencari penemuan baharu.
Saya sangat memahami kesibukan Tuan/Puan dengan musim menggredkan kursus masing-masing dan saya percaya bekerja secara berpasukan dapat membantu kearah menghasilkan proposal ini by 17 Januari (So that kita ada weekend dan 20 Januari untuk diperkemaskan). Proposal-proposal ini juga akan kita dokumenkan dalam KM portal masing-masing bagi tahun 2013 dan sekiranya berjaya Alhamdulillah, akan juga dimuatkan dalam senarai geran Tuan/Puan dan Fakulti. Saya sangat memohon agar kumpulan penyelidikan dan Jabatan untuk rujuk pada guideline ERGS (di laman web RMC), berbincang dan menghasilkan secepat mungkin by 17 Januari. Pejabat saya sangat bersedia membantu bagi mencapai target ini.
'All for One and One for All, Majulah FPP kerana kitalah FPP!'
Ikhlas
Ismi Arif Ismail
Pejabat TDPS
Fakulti Pengajian Pendidikan
'rakan kejayaan penyelidikan dan pengajian siswazah anda'
--
"BERILMU BERBAKTI"
"WITH KNOWLEDGE WE SERVE"
ASSOC. PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN
Deputy Director,
Research and Innovation Promotion Division,
Putra Science Park,
Office of the Deputy Vice Chancelor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
Phone: (603) 8947 1241/1246
Fax: (603) 8947 1635