Kebahagiaan rumahtangga adalah matlamat semua manusia. Bagi mencapai matlamat itu berbagai kajian, pendapat serta petua telah dikemukakan oleh manusia zaman berzaman. Semua itu amat berguna sebagai panduan bagi bakal pengantin juga bagi yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas. Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata tetapi adalah ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumahtangga yang sebenar iaitu bagi melahirkan zuriat pengganti yang bakal memimpin. Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang kotor. Ilmu ini tidak harus diabaikan. Bagi menyelaminya ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki dan perempuan perlu diketahui dengan terperinci agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin dapat digunakan dengan berkesan. Kombinasi pengetahuan dari sumber Islam bangsa Melayu serta Barat dapat menolong pemahaman yang lebih jitu.
Perlakuan jimak dianggap oleh ramai orang sebagai perkara remeh yang tidak perlu dipelajari. Ini adalah anggapan yang salah. Sama ada dari segi Islam, bangsa Melayu atau seksologi moden telah dinyatakan bahawa ia adalah ilmu yang penting dipelajari. Dengan mengetahuinya maka nafkah batin dapat disalurkan dengan berkesan dan dihargai kerana mampu memuaskan naluri pasangan. Terdapat berbagai perkara, strategi serta rahsia jimak dari berbagai sumber yang patut dipelajari, dipilih mana yang sesuai serta diamalkan mana yang yang disukai. Yang paling penting ialah jimak menurut pendekatan Islam di mana ianya mempunyai berbagai kelebihan dan ganjaran.
Sama ada dari sumber tradisional atau moden berbagai teknik jimak telah diajarkan agar jimak itu dapat emberikan kepuasan, menjaga kesihatan tubuh serta bersesuaian dengan kemahuan diri atau pasangan. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah pancutan mani terlalu awal serta ketidakmampuan menerbitkan inzal isteri. Posisi jimak, teknik berdayung serta berbagai petua lain adalah penting diketahui bagi menawarkan berbagai pilihan kepada pasangan dan menyesuaikan dengan keadaan.
Kesihatan tubuh badan serta minda adalah perlu bagi membolehkan prestasi tenaga batin terjaga. Faktor asas yang memberi kesan langsung ialah nafas, makanan serta riadah. Ramai yang tidak sedar bahawa faktor-faktor ini
menyebabkan perubahan emosi, prestasi fizikal serta kemampuan mengendalikan mental. Tanpa menjaga faktor asas prestasi tenaga batin akan menurun. Berbagai pengetahuan serta petua dari segi ini diharapkan dapat
menolong mengekalkan atau menjaga prestasi tenaga batin. Masalah lemah tenaga batin adalah masalah yang membimbangkan suami isteri. Sebab dan cara mengatasinya penting untuk diketahui. Hubungan kelamin yang baik adalah salah satu faktor terpenting keharmonian rumahtangga. Melalui isi buku ini pembaca diharap dapat menghalusi cara melakukannya dan menjayakannya.
Postingan yang bagus dan sangat bermanfaat...tentunya sangat menarik untuk dibaca...apalagi macam baru kawin tentunya sangat penting untuk mempelajari hal seperti ini untuk keutuhan rumah tangga...karna jimax juga merupakan kebutuhan utama dalam berumah tangga...
Dalam islam jimak itu ibadah, banyak dari kita jika berjimak bersama suami istri tujuannya hanya untuk kepuasan hawa nafsu dan itu keliru. Saya sependapat dengan @nkkb, saudara seiman dalam satu bahtera. Perlakukan istrimu dengan penuh kasihsayang, karna dengan kasih sayanglah tuhan mencintai hambanya.
Ilmu yang sangat bermanfaat untuk dipelajari, ini sangat penting dipelajari untuk berlangsungnya hubungan yang harmonis dalam keluarga...tatacara jimak pun sangat penting dalam melakukan hubungan jimak...izinkan saya berbagi postingan ini @nkkb.
Salam sukses @nafazul
[NOTE] Buku Terbit Tanggal 23 April 2014
Tiana kaget sekali ketika seekor flamingo tiba-tiba muncul di dapurnya. Ternyata flamingo itu utusan Mama Odie, yang meminta Tiana datang ke rumahnya di rawa. Mama Odie perlu bantuan Tiana karena mutiara kembarnya hilang satu, dan dengan keajaibannya pun Mama Odie tak dapat menemukannya.
Untunglah Tiana dan teman-temannya banyak akal. Mereka merencanakan pesta besar di Restoran Istana Tiana untuk menangkap basah pencuri mutiara itu!