Panduan Induk Modul Pengajaran Literasi Maklumat Malaysia

35 views
Skip to first unread message

Persatuan Pustakawan Malaysia

unread,
Jul 17, 2016, 9:20:49 PM7/17/16
to pustak...@googlegroups.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang mana kita ketahui, pembangunan modul literasi maklumat dipelbagai peringkat masyarakat adalah teras kepakaran bidang sains Perpustakaan.

Walaubagaimanapun, pembangunan modul literasi maklumat di negara ini kelihatan tidak seragam malah terdapat orang perseorangan dan kumpulan yang bukan berlatar belakang bidang sains Perpustakaan secara bersendirian telah membangunkan pelbagai bentuk modul literasi maklumat terutama untuk sasaran golongan kanak-kanak.

Terdapat modul yang dibangunkan pula tidak menyatakan ianya telah merujuk mana-mana panduan berautoriti yang dipersetujui oleh secara meja bulat atau secara majoriti di Malaysia oleh mana-mana badan agensi berkaitan dengan Pustakawan atau Perpustakaan malah tidak diperakui oleh mana-mana agensi kerajaan yang berautoriti.

Justeru itu, amatlah perlu ruang perbincangan ini dibuka oleh ahli majlis Persatuan Pustakawan Malaysia untuk membincangkan tentang perkara ini. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:-

1. Apakah kepentingan mewujudkan panduan berautoriti yang menghuraikan tentang bagaimana membangunkan modul literasi maklumat? 
2. Sekiranya panduan tersebut sangat penting, siapakah yang berautoriti memperakui panduan tersebut selain Persatuan Pustakawan Malaysia? adakah Kementerian Pendidikan Malaysia? ataupun lain-lain badan agensi?
3. Apakah pengisian utama dalam panduan induk pembangunan modul literasi maklumat yang sesuai digunapakai dalam negara ini? Sudah cukupkah tenaga pengajar literasi maklumat mengadaptasikan saja panduan induk yang diwartakan oleh IFLA tanpa sebarang pindaan?
Rujuk: Klik

4. lain-lain hal


Untuk makluman, Pustakawan boleh menyumbang pelbagai idea dan cadangan tentang keperluan mewujudkan panduan induk tatacara membangunkan modul literasi maklumat. Hal ini penting bagi menjawab pelbagai soalan yang wujud terutama isu berkaitan dengan dimanakah piawaian modul literasi maklumat untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang berada di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini?

Pustakawan perlu memperkenalkan diri dan nayatakan bidang kepakaran sedia ada dalam ruang perbincangan ini supaya segala idea dan komentar dapat diperkukuh dengan bukti dan nilai autoriti.

Reply all
Reply to author
Forward
This conversation is locked
You cannot reply and perform actions on locked conversations.
0 new messages