Panduan Lengkap Solat Pdf

0 views
Skip to first unread message

Donavan Rajawi

unread,
Aug 3, 2024, 4:02:16 PM8/3/24
to puimnemtivol

Buku Panduan Lengkap Solat Lelaki dan Perempuan ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan penerangan yang ringkas dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia turut menyediakan panduan bergambar cara yang betul dalam menunaikan solat. Buku ini sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk mempelajari dan memahami cara menunaikan solat dengan sempurna. Ia boleh digunakan sebagai bacaan peribadi mahupun sebagai panduan di dalam kelas pengajian.

Solat sunat boleh dianggap sebagai pelengkap atau penambah kepada amalan seharian kita selain zikir dan amalan sunat lain. Walaupun dengan adanya solat sunat yang mempunyai berbagai-bagai fadilat dan ganjarannya solat fadhu adalah wajib untuk ditunaikan dan disegera tanpa sebarang alasan.

Namun ada segelintir golongan yang mementingkan ibadah sunat tetapi mengabaikan ibadah yang fardu. Ini adalah tidak wajar dan menyalahi ajaran sebenar Nabi SAW. Ada juga yang hanya mementingkan ibadah wajib dan menidakkan ibadah sunat, ini juga kurang bijak. Sebenar kita harus bijak menyusun kehidupan kita untuk meninggalkan ibadah fardu dan memperbanyakkan ibadah sunat. Kerana yang fardu adalah wajib dilaksanakan manakala yang sunat pula digalakkan untuk diperbanyakkan dan istiqamah dalam mengamalkannya.

Buku panduan lengkap Solat Sunat ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi kita semua. Ini kerana untuk mendapatkan satu ibadah dan amalan yang berkualiti dan diterima Allah SWT, ilmu dan panduan tentangnya perlu kukuh dan berkualti berdasarkan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Semoga setiap amalan yang kita amalkan diterima Allah dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda, InsyAllah.

Panduan yg lengkap utk anak2 perempuan dlm mempelajari solat..buku yg mempunyai elemen 3D AR ini menerangkan secara terperinci cara berwuduk,bacaan dlm solat yg dilengkapi terjemahan dan juga pergerakan solat dari awal hingga akhir..buku yg sgt membantu dlm mendidik anak2 menunaikan solat dgn sempurna..

Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.

PERTAMA: MASA PERLEPASAN
Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.

Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.

Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.

KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT
Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.

KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT
Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:

KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK
Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.

KELIMA: TAYAMMUM
Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:

2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:

KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU
Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.

Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.

Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.

Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).

KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT
Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.

Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.

Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.

Suasana kampung yang mendamaikan dengan dikelilingi pokok durian dan sungai memberikan pengalaman berbeza. Apatah lagi dapat berkumpul bersama 9 adik beradiknya dengan anak cucu, cicit masing-masing selama 3 hari dua malam.

Cuma kelebihan rumah ini terdapat ruang tamu yang agak luas jadi boleh lah penuhkan ruang dengan tilam/ toto tambahan untuk muatkan ahli keluarga. Ada 2 rumah yang ada loteng, rumah Merah dan Rumah lenggong. Rumah kuning pula ada 2 kawasan hall.

Jadi tidak ada kawasan yang lecak atau pun rumput panjang. Anak anak akan selesa berlari kesana sini. Selain dari itu lampu yang banyak dan kawasan memang agak terang. Jadi memang selesa nak lepak sampai malam hari.

Senibina rumah Perak memang dikekalkan. Rumah yang bertiang tinggi. Walaupun masih mengekalkan rumah lama tapi aku sangat berppuas hati dengan bilik air yang bersih dan kemas. Jadi tak perlu bayangkan kolah air lama. Malah bilik air juga siap lengkap dipasang dengan dengan water heater.

Manakala aksesori barang bilik air pun bukan biasa-biasa, jadi mengandaikan ownernya memang sangat mementingkan Interior design. Suis lampu, tingkap, selak pintu masih di kekalkan seperti rumah melayu lama.

Selalunya kebanyakkan owner AIRBNB agak cerewet membenarkan jumlah orang yang akan masuk ke dalam homestay mereka tetapi alhamdulillah kami yang berjumlah hampir 70 orang masih boleh menginap dalam 3 bijik rumah yang sedia ada.

Walaupun homestay ini tidak seperti homestay lain yang mempunyai kolam renang tapi aku berani cakap memang tidak rugi bawa anak-anak disini , selain dari rumah kampung yang best, ada pokok pokok di sekeliling kawasan sini.

Tidak disangka rupanya lokasi Bagas Zakariah ni memang betul betul berdekatan dengan tol Gopeng.
Jadi kalau dari Kuala Lumpur atau Utara memang senang untuk sampai ke sini. Oleh itu kurang lah risiko untuk sesat larat.

c80f0f1006
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages