Projek Pembangunan Pertanian

0 views
Skip to first unread message

Margorie Gomoran

unread,
Aug 4, 2024, 2:16:11 PM8/4/24
to prevalroten
PengenalanProgramTaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut :Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM; danKerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.

Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan).


Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal;Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti;Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil;Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan; danMenggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.


BIL.PEGAWAI PENGHUBUNG

1.

Encik Muhamad Ismawi bin Salimin

Emel : ismawi[at]doa[dot]gov[dot]my /

S[dot]M[dot]Ismawi[at]gmail[dot]com

No. Telefon : 09-536 6566

No. Faks : 09-536 2688




Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.



Program Pembangunan Pertanian Komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.


1. Membantu mengurangkan kos sara hidup.

2. Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

3. Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti.


1. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan terhad kepada satu permohonan sahaja.

2. Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan program.

3. Bagi kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10 orang) di kawasan kediaman masing-masing.

4. Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian, input pertanian.

5. Bagi kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

6. Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

7. Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa.

8. Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa).

Kelulusan permohonan juga tertakluk kepada nilai peruntukan tahun semasa.


Individu / UsahawanProgram dilaksanakan secara individu / usahawan pertanian bandar sama ada di kawasan kediaman, tanah kosong dan sebagainya untuk menjana pendapatan melalui pengeluaran dan jualan hasil. Bagi kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10 orang). Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil tanaman, peralatan pertanian / input pertanian.

Taman Intan, Kluang, Johor


Program ini melibatkan kawasan penanaman yang dikenal pasti di sekitar pangsapuri / kediaman yang dilaksanakan bersama oleh penduduk secara komuniti. Aktiviti pertanian dapat untuk menjana pendapatan komuniti melalui pengeluaran dan jualan hasil. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan keharmonian di antara kejiranan dan mengindahkan lagi landskap di sekitar kawasan tersebut. Bagi kategori komuniti projek dilaksanakan di sekitar kawasan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Komuniti Kg. Sg. Ular, Hulu Terengganu, Terengganu


Melaksanakan aktiviti pertanian di sekolah bagi mengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan pelajar, guru dan ibu bapa kepada kepentingan aktiviti pertanian untuk pengeluaran makanan dan melalu aktiviti dapat menjana pendapatan di samping mengindahkan landskap di persekitaran sekolah. Pelajar dapat menjalankan aktiviti fizikal melalui aktiviti pertanian. Bagi kategori sekolah, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Sekolah Kebangsaan Ayer Panas, Kuala Lumpur


Melaksanakan aktiviti pertanian menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai di kawasan institusi, pejabat kerajaan, pejabat swasta dan sebagainya bagi menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan selain mengindahkan landskap kawasan. Bukan itu sahaja malah aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara warga kerja. Bagi kategori institusi, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Balai Bomba Dan Penyelamat Rancha-Rancha, WP Labuan


Mana-mana yang berminat untuk menyertai progam ini perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari Laman Web Jabatan Pertanian atau dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.



Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek serta mencadangkan kategori projek yang sesuai.

Lampiran 1 - Borang Permohonan Program Pembangunan Pertanian Komuniti


Strategi Kerajaan Negeri dalam memajukan tanah pertanian sebagai satu program pembangunan desa adalah dengan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan terutamanya bagi tanaman padi di kawasan Barat Laut Selangor yang terletak di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan kelapa, Program Taman Agroteknologi/ Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) telah dibangunkan di atas tanah kerajaan negeri di mana ianya melaksanakan projek pertanian secara bersepadu yang turut berintegrasi dengan projek-projek perikanan dan penternakan. Dalam aspek pembangunan pertanian di desa, strategi meningkatkan pendapatan dan nilai keempunyaan (ownership) penduduk kampung adalah dengan cara memperkasa ilmu dan kemahiran masyarakat desa dengan mengadakan beberapa siri bengkel bersama Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan agensi-agensi yang terlibat di dalam pembangunan pertanian di Negeri


Selaras dengan dasar kerajaan persekutuan, wawasan IADA Pulau Pinang ialah menjadikan sektor pertanian mampu bertahan, berdayasaing dan saling melengkapi antara sektor bagi pengoptumkan pertumbuhan ekonomi dan mencapai pembangunan yang seimbang.


PADA hari ini 14 November dalam tahun 1981, Projek Pembangunan Pertanian Berpadu Negeri Melaka telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Musa Hitam bertempat di Jasin, Melaka.


Untuk itu beliau mahukan setiap orang petani kecil mengubah sikap meninggalkan amalan pertanian tradisional dan bekerja keras di sawah dan ladang untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahkan pendapatan.


Serentak dengan itu beliau juga mengarahkan semua jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan usaha-usaha pembangunan pertanian supaya memastikan projek-projek yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dilaksanakan dengan sepenuhnya bagi menjamin tercapainya matlamat ikrar kaum tani tersebut.


Di bawah Rancangan Pembangunan Pertanian Berpadu ini kerajaan tidak lagi akan hanya menumpukan kepada peningkatan pengeluaran dari segi dilaksanakan tanaman sahaja bahkan juga akan memberi keutamaan yang seimbang kepada penghidupan petani dan alam sekitarnya.


Dengan cara ini ia bukan sahaja akan dapat meningkatkan lagi pendapatan para petani bahkan juga akan melindungi mereka daripada akibat-akibat buruk kejatuhan barangan utama seperti padi, getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya.


Projek Geran Pertanian Pembangunan Tanah Terbiar diwujudkan adalah bertujuan untuk membangunkan tanah terbiar supaya menjadi tanah yang produktif dan memberi pulangan kepada pengusaha selain dapat meningkatkan pengeluaran tanaman makanan memandangkan tanah baharu bagi tujuan pertanian kini adalah terhad.


Penentuan lot tanah terbiar yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian adalah mengikut kaedah spatial berasaskan padanan data guna tanah dengan peta kadaster. Maklumat yang diperolehi seterusnya dibuat verifikasi di peringkat lapangan bagi menentusahkan lot tanah terbiar.


Berdasarkan maklumat nombor lot dan keluasan tanah terbiar yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh membuat carian rasmi di Pejabat Tanah bagi mengenalpasti pemiliknya.


Projek Geran Pertanian Pembangunan Tanah Terbiar diwujudkan adalah bertujuan untuk membangunkan tanah terbiar supaya menjadi tanah yang produktif dan memberi pulangan kepada pengusaha selain dapat meningkatkan pengeluaran tanaman seperti fertigasi cili & timun memandangkan tanah baharu bagi tujuan pertanian kini adalah terhad.


Projek Pembangunan Tanah Terbiar adalah satu cara terbaik untuk memajukan sumber tanah secara optimum melalui pemulihan dan pembangunan tanah terbiar bagi meningkatkan pengeluaran makanan. Projek ini juga dapat memberi peluang perniagaan kepada usahawan individu dan syarikat yang ingin menceburkan diri di dalam bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages