APABILA bangun tidur, laju sahaja tangan menggagau mencari telefon bimbit. Dengan rasa kantuk yang tersisa, bebola mata yang masih terbuka kecil memicing pandangan pada skrin gajet berkenaan.
Begitulah realiti yang berlaku pada era digital kini. Masing-masing terlalu bergantung kepada telefon. Hendak tengok jam berapa pun peranti kecil itu juga yang dicarinya, apatah lagi mengunci jam untuk bangun tidur.
Pendakwah dan pempengaruh media sosial, Asyraf Hakimi Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Cikgu Acap berkata, disebabkan itulah peri pentingnya dakwah era digital untuk melebarkan sayapnya.
Tanyalah mana-mana anak muda atau sesiapa sahaja, masing-masing mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan TitkTok. Amat mudah sebenarnya untuk menyebarkan dakwah (menerusi medan tersebut).
Ketika ditanya tentang ciri-ciri yang patut ada kepada seorang pendakwah media sosial, Cikgu Acap menjelaskan, paling utama adalah seseorang itu perlu memahami ilmu bagi memudahkannya berdakwah, menyampaikan dan berkongsi pengetahuan yang sahih.
Tidak hairanlah mengapa mantan Ketua Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) itu menjadi pakar rujuk ramai. Ia termasuklah daripada pihak autoriti agama dan menerima undangan di luar negara.
Penulis pada asalnya menemu bual tokoh ilmuan hadis tersohor itu untuk memenuhi satu kolum dalam Sinar Islam Plus. Namun, pertemuan yang diatur di rumahnya di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini menarik perhatian penulis untuk mendekatinya dan menyelongkar sisi kehidupannya.
Ujar Dr Fauzi, 69, dirinya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang ustaz walaupun bapanya bergelar bilal. Mungkin sudah tertulis anak kelahiran Machang, Kelantan itu bergelar pendakwah lantaran kehidupannya yang banyak dilorongkan ke arah bidang tersebut sejak kecil lagi.
Membuktikan dirinya tidak main-main dalam bidang itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia tersebut kemudian melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Hadis) di Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Soud, Riyadh, Arab Saudi dan menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam di Universiti Malaya (UM).
Beliau yang memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1986 tetap setia bersama institusi berkenaan sehingga bersara pada tahun 2016 sebagai Prof Madya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith di akademi yang sama.
Jangan ingat kita sentiasa betul. Bukan itu sahaja, kami perlu menguasai kemahiran lantaran audiens yang berbeza setiap kali memberi kuliah agama. Ada orang terpelajar, profesor universiti, orang kampung dan sebagainya. Pendek kata, ketika hendak sampaikan input, kita kena mengikut tahap mereka.
Bukan sahaja penulis, rasanya ramai mengagumi kerja pendakwah yang mempunyai rutin jadual padat. Malah, mereka juga dilihat tidak kenal erti penat dan lelah serta kadangkala terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas penting pada agama Islam.
Ketika ditebak soalan tersebut, ini respons Dr Fauzi Deraman: Itu biasa. Masa mengajar di universiti (UM) dulu, selain program biasa, kadang-kadang ada jemputan di pejabat-pejabat kerajaan. Jadi agak berlari-lari untuk ke kuliah di universiti dan pejabat untuk kuliah Zuhur.
Tidak lengkap rasanya jika tiada soalan semasa berkaitan bidang hadis. Penulis mengambil kesempatan itu bertanyakan tentang polemik terbaharu bahawa ada pihak mempertikaikan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam di sekolah. Kebanyakan mereka adalah kelompok bukan Islam.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, para ulama menyatakan, tanggungjawab nafkah suami kepada isteri yang wajib diberi adalah melibatkan keperluan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perkakas dapur, rumah, alat kebersihan diri dan juga pembantu rumah (bagi suami yang mampu).
Imam Khatib al-Syirbini menyebut, ini menunjukkan bahawa ulama tidak menetapkan kewajipan suami untuk memberi wang poket kepada isteri apabila dirinya sudah memenuhi nafkah keperluan asas yang cukup kepada pasangannya.
Mengukuhkan lagi hujahnya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memetik pandangan yang dinukilkan dalam al-Fiqh al-Manhaji, kada nafkah makanan asasi adalah dua cupak bagi mereka yang kaya, satu setengah cupak (sederhana) dan satu cupak (fakir).
Pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi berkongsikan dua kisah kematian yang boleh dijadikan iktibar untuk kita bersama menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Perbanyakkan selawat sehinggakan walau dalam keadaan sombong tetap diberi pahala.
Barang siapa selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekali, ALLAH SWT membalas selawat 10 kali untuk kita. Bila saat terakhir kita dapat rasa ALLAH berselawat ke atas kita?
The real multi level marketing adalah dakwah. Dapat komisen dan pahala berganda-ganda. Andai kita pesan kepada kawan yang dahulunya tak tutup aurat atau tak pandai mengaji, kemudian suatu hari dia datang surau dan jadi baik.
Ingatlah, menjadi Muslim itu bukan sebatas hebat di tikar sejadah, tetapi juga unggul dalam produktiviti serta kemajuan duniawi. Al-Quran mengajar kita supaya menjadi orang yang maju dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.
Benar, itulah yang kita saksikan apabila seorang pemuda, Abdurrahman Amir Ruddin, 19 menjadi imam solat jenazah buat kedua-dua orang tuanya yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, Johor baru-baru ini.
Mereka ialah Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46 dan isterinya Norahimah Noor Muhammad, 43. Turut terkorban dalam insiden tersebut ialah empat orang adik beradiknya. Hilang enam beranak dalam sekelip mata. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bayangkan anaknya sendiri yang bertakbir dengan penuh kasih sayang. Sebenarnya harapan dia (anak) supaya ALLAH buat baik pada mak dia, itulah doanya dalam hati yang tidak terkeluar pada mulut. Doa itu mustajab.
Sebaliknya, jelas Pensyarah Pusat Kajian Bahasa Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Farid Mat Zain, adalah menjadi tanggungjawab para agamawan selepas merdeka untuk menyambung perjuangan ulama terdahulu.
Senada dengan Dr Farid, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Ustazah Nurzahidah Jaapar menjelaskan, para ulama sememangnya kelompok masyarakat yang memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan.
Sebagai masyarakat bertamadun, jelas beliau, menjadi tanggungjawab untuk mengambil tahu dan mengkaji ketokohan mereka khususnya yang terlibat dalam aspirasi menentang penjajah agar menjadi sumber ilham bagi membina kecintaan terhadap negara.
Malah, segala gerakan nasionalisme yang dimainkan kelompok berkenaan perlu diberikan perhatian penting untuk membangkitkan semangat juang dalam kehidupan, sekali gus berkhidmat demi pembangunan negara, memelihara budaya dan warisan, terangnya.
Benar, jasa ulama amat signifikan. Mereka banyak memberi pengaruh kepada perubahan sosial dan politik dalam kalangan masyarakat menerusi ceramah, khutbah, penulisan dan pemikiran yang memberi kesedaran terhadap prinsip-prinsip nilai agama.
Namun mereka turut berperanan merancang strategi politik. Bagi tokoh seperti Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) misalnya, semangat jihad dalam dirinya telah memberi aspirasi kepada masyarakat dalam menentang British di Kelantan.
Masyarakat berperanan menimba ilmu agama, selain mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan, menyertai kegiatan sosial dalam masyarakat menghormati kepelbagaian agama, menampilkan imej masyarakat berintegriti dan mengambil berat tentang kebajikan sosial serta membantu menunjukkan kepedulian terhadap masyarakat.
Hal ini telah dikenal pasti pada kepimpinan tokoh ulama di Kelantan iaitu Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim (Tok Ku Paloh) yang banyak menyuntik semangat watan dengan menentang tentera Jepun pada perang dunia kedua.
Bukan itu sahaja, pensyarah itu menegaskan, setiap masyarakat perlu mengambil iktibar dengan perjuangan ulama dan pemimpin kemerdekaan terdahulu yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab terhadap negara dan bangsa.
Setiap masyarakat perlu memiliki sifat toleransi dan menghormati perbezaan antara agama, etnik dan budaya. Kemampuan bertolenrasi perlu dipupuk dengan ilmu, pemahaman dan dialog yang berterusan bagi mengelakkan prejudis dan diskriminasi kaum.
Sifat ini boleh dicontohi daripada ulama Johor terdahulu seperti Haji Mohd Salleh Haji Karim (Kiyai Haji Salleh) yang tulus dalam berdakwah, cakna dengan kebajikan masyarakat dan mendukung kepentingan pendidikan dan persatuan.
JIKA diteliti, ramai pejuang kemerdekaan negara yang menentang penjajah Inggeris itu sebenarnya terdiri daripada golongan alim ulama dan agamawan. Malangnya, tidak ramai yang mengetahuinya.
Malah, ada nama figura berkenaan kurang dikenali ramai dek kerana fakta tentangnya tidak didendangkan. Sedangkan merekalah antara individu penting yang meniup semangat jihad dan patriotik untuk membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
Ketika diminta mengulas lanjut, Pensyarah Pusat Kajian Bahasa Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Farid Mat Zain menjelaskan, golongan ulama kurang dikenali kerana mereka digambarkan sebagai pemberontak.
Contohnya, Tok Janggut (Haji Hassan bin Panglima Mat Munas) digambarkan sebagai pemberontak yang tidak mahu membayar cukai kepada pemerintah, sedangkan figura itu bangkit kerana mempertahankan hak masing-masing lantaran tanah mereka diceroboh oleh pihak penjajah British.
Watak Haji Husain begitu menyerlah ketika Malayan Union (MU) diperkenalkan oleh British demi meluaskan pengaruhnya. Ternyata gagasan MU yang menggabungkan negeri-negeri di Semenanjung mendapat tentangan hebat. Antaranya daripada tokoh ulama asal Kedah itu.
Beliau yang juga pengasas pondok Guar Cempedak sememangnya sudah lama memendam amarah kepada pihak penjajah. Pada 19 Januari 1946, kira-kira 50,000 orang berkumpul di padang Court, Alor Setar menentang MU yang memuncak di Kedah.
795a8134c1