MISTERI: Derita Tanggung Saka

19 views
Skip to first unread message

Encik Mie

unread,
May 15, 2008, 12:21:00 AM5/15/08
to pondo...@googlegroups.com

Merana Menanggung Saka

 

Zahar (bukan nama sebenar) kebetulan menziarahi kakaknya di kawasan perumahan saya. Beliau mengiringi ibunya yang akan membuat medical check-up di salah sebuah hospital swasta.

 

Entah macam mana tiba-tiba dia meracau. Pada waktu itu kami jemaah surau baru sahaja selesai solat Isya apabila ada seorang budak lelaki yang dapat meminta pertolongan. Saya mengajak rakan-rakan jemaah yang lain untuk ikut serta, tapi masing-masing memberi alas an tidak boleh ikut. Sebenarnya mereka belum berani berdepan dengan masalah sebegini. Takpe lah, berbekalkan sandaran kepada Allah saya terus mengorak langkah tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu.

 

Apabila tiba di rumah pesakit, tiada seorang pun lelaki lain selain Zahar, saya dan budak lelaki yang juga anak tuan rumah. Sementara tuan rumah yang juga kawan saya tiada di rumah pada waktu itu kerana sedang bertugas. Yang lain adalah 3 orang perempuan, yang pada fikiran saya susah juga nak bantu saya jika Zahar ini meronta atau melawan. Tapi saya yakin akan back-up saya yang utama iaitu Allah, mudah-mudahan para malaikat akan diutus untuk membantu saya.

 

Dalam keadaan yang masih berwudhu saya memulakan acara rawatan. Agak sukar juga Zahar nak mengikut arahan saya supaya baring, tapi itu hanyalah peringkat awal. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan. Semasa membaca zikir rawatan, Zahar menjerit-jerit dan meronta-ronta. Di pertengahan rawatan, beliau bangun sambil membuat cakaran seperti harimau, dalam keadaan mata tertutup.

 

Ini merisaukan saya, kerana dalam kes-kes sebelum ini tiada pesakit yang bangun berjalan seperti ini. Oleh kerana bimbang Zahar memecahkan perhiasan-perhiasan kaca yang terdapat dalam rumah ini, saya cuba memegang beliau dan memimpin beliau untuk terus baring sehingga habis rawatan. Kerisauan saya akhirnya reda apabila Zahar tidak bertenaga untuk melawan. Mungkin ini kuasa Allah yang menghalang kuasa dalaman beliau untuk bertindak. Oleh kerana beliau tidak mahu baring maka saya dudukkan dia sambil membaca zikir rawatan hingga selesai.

 

Kemudian Zahar dimandikan dengan air bacaan zikir tadi. Sewaktu mandi Zahar seakan-akan muntah tetapi tiada muntah yang keluar, tapi seksa melihat beliau dalam keadaan begini. Anda tentu boleh bayangkan seksa jika kita muntah, segala urat perut akan terasa berbelit-belit.

 

Selepas mandi dan menukar pakaian, saya mengajak Zahar untuk bersembang. Memang perwatakannya agak ganjil, seperti keanak-anakan perangainya. Kebetulan kawan saya yang juga tuan rumah balik setelah dimaklumkan. Saya turut menjelaskan kepada beliau dan proses rawatan ini perlu disambung pagi esok kerana waktu malam saya nak gunakan untuk keluarga.

 

Keesokkan paginya saya melakukan rawatan. Hari kedua beliau cuba bangkit tapi saya sudah bersedia dan berjaya menghalangnya. Hari ketiga terasa kudrat beliau untuk melawan makin lemah. Saya berpendapat yang rawatan untuk beliau ini tidak cukup hanya 3 hari, perlu jadi 7 hari kerana biasanya jin saka degil sikit. Tapi oleh kerana beliau terpaksa pulang semula ke kampong, jadi tak dapat lah nak disambung sehingga 7 hari.

 

Kesian saya tengokkan Zahar ni. Dulu beliau bertugas sebagai pendidik anak bangsa, tapi disebabkan gangguan jin saka ini, isteri beliau turut menuntut cerai kerana nampak gaya episod rumahtangga mereka tidak menampakkan sinar. Saya doakan semoga Allah temukan Zahar dengan seseorang yang dapat membuang terus saka ini dari hidup beliau. Amin…



--
Encik Mie
http://groups.google.com/group/pondoksiber
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages