KISAH: Umpan Anak Perempuan Untuk Tipu Mas Kahwin

26 views
Skip to first unread message

Encik Mie

unread,
May 21, 2008, 4:06:03 AM5/21/08
to pondo...@googlegroups.com

Umpan Anak Perempuan Untuk Tipu Mas Kahwin

 

Kisah ini adalah benar, dialami oleh anak saudara isteri saya sendiri. Cerita bermula awal tahun 2008 yang lalu, di sebuah pecan di Selangor. Pemuda ini Zaidi (bukan nama sebenar) telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mengahwini anak perempuannya. Selang beberapa lama, dan setelah melihat wanita tersebut Zaidi telah bersetuju dengan tawaran tadi.

 

Majlis pertunangan diatur. Bapa Zaidi telah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil, segala persediaan pertunangan diuruskan bersama oleh ibu Zaidi dan pakcik-pakciknya yang lain. Oleh kerana sibuk saya tidak dapat turut serta.

 

Pihak perempuan telah meminta wang hantaran dibayar semasa pertunangan, bukan semasa majlis pernikahan seperti amalan kebanyakan orang. Mengikut bapa perempuan itu, dia mengikut adat beliau sebagai orang Perak. Tah betul tah tidak, tapi pihak lelaki mengikut saja, dengan harapan majlis tiada masalah.

 

Selepas beberapa bulan bertunang, pihak lelaki ingin bertanya dan berbincang tentang bagaimana dengan majlis pernikahan nanti. Bapa perempuan tadi bukan main kasar lagi bercakap dan mengelak untuk berbincang. Mereka juga telah berpindah rumah. Terasa juga pelik dengan keluarga ini apabila mereka bertindak sedemikian.

 

Saya pun turut berasa pelik apabila perempuan tadi tidak pernah naik ke rumah keluarga lelaki walaupun pada hari raya. Pernah suatu hari, masa tu nak raya, perempuannya datang ambil Zaidi untuk pergi membeli persiapan. Apabila pulang, kami semua menunggu tetapi haram tak naik. Terus balik gitu je.. kononya tak boleh sebab belum berkahwin.

 

Dipendekkan cerita, sekarang barulah Zaidi tahu bahawa dia telah tertipu. Banyak ribu RM juga yang hangus. Rupanya mengikut cerita, bukan dia seorang je kena, sebelum beberpa orang dah kena.Ini bukan kes kita biasa dengar tipah tertipu, tapi kes TIPAH MENIPU, TIPAH MENIPU LAGI.. atau dengan kata lain, tipah kaki kencing…

Entahlah dunia sekarang, duit punya pasal sanggup buat kerja menipu macam ni. Demi kesenangan dunia yang hanya sementara, sanggup guna anak perempuan buat umpan..

 

Memang tak kemana pun dengan duit tu, tengoklah nanti nasib kamu suatu hari nanti..kalau kat dunia kamu terlepas, sebelum kat akhirat, dalam kubur pun kamu dah kena hantam.

 

Semoga Allah memberi hidayah kepada orang macam ini agar insaf sebelum malaikat maut mencabot nyawa..



--
Encik Mie
http://groups.google.com/group/pondoksiber
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages