Kakak Ipar Upah Sami Siam
Sebaik mengentahui rupanya ada yang boleh merawat penyakit misteri menggunakan zikir dan doa, maka saya amat teruja untuk memberitahu kawan-kawan.
Sebenarnya sudah lama saya menantikan saat ini, maklumlah jika di Kelantan kita biasa dengar orang itu dan orang ini meninggal akibat terkena sihir sami siam (budha). Saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, jika Islam itu agama yang hebat, bagaimana pula boleh tewas kepada Budha. Sehinggakan jika terkena sami siam, jawapannya pendek kata mati.
Setelah hidup lebih dari 30 tahun maka Allah memberi jawapan ini kepada saya. Ceritanya begini… Dalam duk cerita-cerita kepada kawan-kawan, rupanya sahabat baik saya sendiri telah lama menghadapi masalah misteri ini. Ibu kandung beliau mengalami sakit-sakit yang tiada ubatnya walaupun dah berbagai-bagai cara dibuat. Dengan kadar segera ibu beliau telah datang dari Kelantan ke Selangor dengan satu harapan.
Proses perubatan mengambil masa 3 hari. Tiap-tiap malam saya menemani sahabat saya ini membawa ibunya ke Port Dickson untuk rawatan. Kakak ipar ibu beliau, yang juga ibu saudara kepada sahabat saya tidak mahu berkongsi harta pusaka kepada orang lain. Beliau telah memasukkan bahan jampian yang kotor ke dalam bubur kacang. Bubur ini diberikan kepada keluarga sahabat saya ini. Kisah ini sudah lama dulu. Semenjak itu, berbelas tahun ibunya merana. Kos membuat sihir menelan belanja RM7000 kesemuanya. Jarum sihir dibeli dari Indonesia, bomoh pula sami siam dari Tumpat, Kelantan.
Wanita ini sesungguhnya beriman, walaupun segala kesakitan yang menimpa, beliau tetap memohon pertunjuk daripada Allah. Al-Quran selalu dibacanya, solat hajat selalu dikerjakan. Antara derita yang diceritakan sendiri kepada saya ialah, apabila petang degupan jantung beliau akan mula kencang. Rasa resah gelisah, tak senang duduk dibuatnya. Apabila malam hari tak boleh lena. Tapak kaki terasa amat panas dan terpaksa diletakkan pada dinding agar rasa sejuk.
Akhirnya beliau kini bebas dari seksaan jin. Mengikut cerita dari sifoo, pada malam beliau merawat adalah malam penghabisan riwayat ibu sahabat saya ini. Mengikut perancangan jahat, sami siam itu akan menyiram patung plastik dengan asid. Apabila cair patung tadi maka berakhirlah umur wanita ini. Namun, ajal maut bukan kerja manusia. Oleh kerana umur wanita ini masih panjang, maka segala usaha jahat tersebut telah gagal. Sami tersebut telah mengaku kalah dan telah berhenti dari mengganggu wanita tersebut. Untuk pengentahuan semua, sehingga kini wanita tersebut masih hidup sebagai wanita solehah.
Inilah jawapan objektif yang saya dapat dari Allah. Sesungguhnya Islam itu memang hebat. Sami budha tak hebat sebab mereka puja jin. Allah lebih berkuasa ke atas segala makhluk, termasuk juga jin, walaupun orang kata dia 'terrer'..
Peristiwa ini telah memantapkan lagi keyakinan saya terhadap Allah dan Islam. Terima kasih Allah…