TAULADAN: Untungnya Jika Tahu Baca Al-Quran

10 views
Skip to first unread message

Encik Mie

unread,
Jun 8, 2008, 8:40:18 AM6/8/08
to pondo...@googlegroups.com

Untungnya Jika Tahu Baca Al-Quran

 

Saya baru dapat panggilan dari ibu saya di kampung. Ada seorang saudara perempuan di sana yang sedang mengalami gangguan. Saya turut bercakap dengan beliau melalui telefon. Dia memberitahu saya tentang keadaan beliau yang sukar untuk tidur, siang atau malam. Asyik rasa gelisah sepanjang masa, badan rasa lenguh-lenguh dan tidak bermaya. Segalanya bermula apabila suatu hari dulu dia tiba-tiba terjaga dari tidur malam dan terus rasa berdebar-debar, hingga ke hari ini. Puas juga dia berubat merata-rata.

 

Oleh kerana jauh, maka saya meminta untuk beliau berusaha sendiri, dan lihat macam mana perkembangan. Surah-surah pendek memang tiada masalah bagi beliau, cuma apabila saya minta dia baca Surah Yasiin, dia cakap tak berapa pandai, sikit-sikit bolehlah. Sayang sekali kerana surah ini ada kelebihan tersendiri dalam membantu mempermudahkan urusan. Pun begitu saya memberi dia panduan mudah dibawah untuk merawat diri sendiri, jika tak boleh, memang kena jumpa sesiapa yang lebih arif.

 

Oleh itu, saya nasihatkan pembaca supaya belajar mengaji al-quran kerana ia WAJIB jika anda mengaku anda Islam. Kepada yang dah pandai mengaji tu, belajar pula memperbetulkan bacaan mengikut hukum tajwid yang betul. Sayang sekali jika anda tak pandai membaca al-quran…

 

Izinkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu merawat menggunakan air. Langkah-langkahnya;

1)   Ambil wudhu

2)   Sediakan sebaldi air (untuk mandi)

3)   Sediakan sebekas air (untuk merenjis)

4)   Sediakan sebekas air (untuk minum)

5)   Bacakan dengan jelas (seperti bacaan imam solat)

-         Al Fatihah (1x)

-         Surah An Nas (1x)

-         Surah Al Falaq (1x)

-         Surah Al Ikhlas (1x)

-         Surah Al Kafirun (1x)

-         Ayat Kursi (7x)

-         Selawat (11x)

-         Doa (bahasa melayu pun boleh) mohon dgn Allah supaya memberi rahmat dan keberkatan kpd air ini untuk tujuan perubatan

 

6)   Gunakan air sebaldi tadi utk mandi

7)   Renjis air diseluruh dalaman rumah secara lawan jam (termasuk bilik-bilik dan tandas)

8)   Minum air yg dibacakan doa tadi

9)   Buat sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut, atau paling elok berterusan selama 7 hari.

 

Bagus untuk ibubapa merawat anak-anak yang diganggu jin, rumah yang rasa macam keras. Kalau saja-saja nak mandi dgn air doa ni pun boleh. Memohon dari pertolongan dari Allah, dan sebagai meraikan makhluk kejadian Allah yang sulung ini.

 

Ia lebih baik dari anda jumpa BOMOH yang pakai jin.

 

Semoga bermanfaat kepada semua. Aamiiin…



--
Encik Mie
http://groups.google.com/group/pondoksiber
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages