KISAH DARI BLOG: Doa Pak Ali Maqbul

23 views
Skip to first unread message

enci...@gmail.com

unread,
Jan 30, 2009, 6:46:48 AM1/30/09
to pondoksiber
Pada awal 90an, aku telah diambil bekerja di sebuah projek pembinaan
Peragua. Pada mulanya aku tinggal di kawasan Gunung Riang sebelum
berpindah ke Air Nenas. Pak Ali yang bekerja sebagai pemandu kepada
Pengarah Urusan, Mr. Reddy, begitu bermurah hati untuk menumpangkan
aku pagi-pagi lagi dengan kereta lamanya untuk ke pejabat sebelum
mengambil kereta Pengarah Urusan bagi memulakan tugasnya.

Semasa itu, isteriku sedang dalam pantang dan Pak Ali menawarkan
isterinya Mak Munah, seorang bekas bidan untuk membantu membasuh kain
baju dan mengurut isteriku.

"Tuan, boleh Pak Ali tanya sikit tak?" Pak Ali memulakan perbualan
pada suatu pagi semasa dalam perjalanan ke pejabat di tapak projek.
Pak Ali nampak sedikit serba-salah dan resah.

"Pak Ali ni rasanya seperti tahu bahawa Tuan ni bukan orang
sembarangan" sapanya sambil tersenyum.

Aku terdiam dan membisu seribu bahasa. Aku sebenarnya tidak gemar
dipuji kerana segala apa yang ada padaku hanyalah milik Allah SWT
semata-mata.

"Maaflah Tuan, bukan niat Pak Ali untuk memuji, tapi Pak Ali ada suatu
hal penting nak dikhabarkan dan harap Tuan boleh membantu Pak Ali"

Ingatanku melayang kepada kali pertama aku bersalam dengan Pak Ali,
tiba-tiba seluruh tanganku terasa sangat gatal dan bulu romaku tegak
meremang. Tetapi aku tidak menunjukkan sebarang reaksi demi menjaga
maruah Pak Ali. Dia spontan menyatakan bahawa 'tangan aku mempunyai
karan dan bius'. Aku sendiri tidak faham maksudnya. Aku mengambil air
liur di hujung lidahku dan membaca :

"BismillaaHisSyaaf, BismillaaHilKaaf, BismilllaaHilMuaf,
Bismillahilladzii laa yadhurru ma 'asmihi syai'un fil ardh walaa
fisamaa-i-wahuwasSamii'ul 'Aliim" dan memandang dengan mata hati
bahawa tidak ada kesembuhan tanpa seizin Allah SWT sambil perlahan-
lahan menggosok seluruh tanganku yang gatal. Dengan izin Allah SWT,
rasa gatal-gatal tadi terus berhenti. Malah kesan merah pada tanganku
juga hilang.

"Maaf Pak Ali, saya tidak pandai dalam hal-hal seperti ini, tapi saya
rasa, Pak Ali harus berikhtiar untuk membuang apa-apa yang pernah Pak
Ali amalkan dahulu tetapi biarlah cara yang betul." Aku berterus
terang dengannya.

"MasyaaAllaah...SubhanAllaah...inilah orangnya yang aku cari-cari Ya
Allah!!" Kata Pak Ali, sambil menadah tangannya dan menangis tersedu-
sedu.

"Tolonglah saya tuan" dia merayu apabila telah reda tangisannya

"Tidak ada yang dapat memberikan sebaik-baik pertolongan kecuali Allah
SWT sahaja" Aku terus mengingatkannya takut-takut dia memberi harapan
yang begitu tinggi ke atasku.

"Tapi tuan, kita ni berusaha, Pak Ali dah lama memohon ke hadhiratNya
supaya ditemukan dengan orang seperti tuan ini" Jawabnya bersungguh-
sungguh.

Setelah dipujuk, aku pun bersedia untuk ke rumahnya selepas kerja.
Selepas aku bersolat zohor, aku terus membacakan Yasin secara
mengulangi perkataan 'Mubiin' dengan kaedah tertentu yang diajarkan
oleh Bakaruddin. Aku menumpukan sepenuh perhatian kepada masalah yang
dialami oleh Pak Ali di samping menyerahkan sepenuhnya kepada Allah
SWT dengan membaca "Bismillaahi Masya Allah laa quwwata illa bilLaah"
beberapa kali - kerana aku sedar, tidak ada lain selain Allah SWT
sahaja yang mampu menyembuhkan.

Aku tidak merasakan sesuatu yang anih dan ganjil, kecuali aku terasa
lega dan terlihat bayangan Pak Ali membuang sebuah botol buruk berisi
rambut dan kaca ke dalam sungai Peragua. Bayangan Pak Ali kemudiannya
melambai-lambai tangan ke arahku dan terus menghilang dalam cahaya
putih yang sangat terang.

Tepat jam 5.00, aku telah terpacak di luar pejabatku tetapi sehingga
jam 6.00 petang, Pak Ali tidak juga muncul-muncul. Seperti tertera
pada layar fikiranku, seolah-olah Pak Ali ditimpa masalah - dia
seperti sedang mengerang kesakitan. Aku terus beristighfar apabila
Pengarah Urusan Mr. Reddy yang kebetulan lalu di tempatku menunggu
telah mula mengomel dalam Bahasa Inggeris. Biasanya Pak Ali akan
mengambilnya jam 4.30 dan kemudiannya menumpangkan aku balik ke
rumahku selepas menghantar Mr. Reddy.

"Do you know where is Pak Ali? He is suppose meet me more than an hour
ago. This is not like him...usually he will call me if he can't make
it." Mr. Reddy menatap jam Rolexnya, menghisap paip, sambil memandang
kepadaku.

"I agree with you, something is wrong" Jawabku. Takkanlah aku nak
beritahu Mr. Reddy pula apa yang aku 'ternampak'. Manalah Mr. Reddy
nak faham perkara-perkara mistik seperti ini.

Tidak lama kemudian, pembantu tadbir, Encik Jamaluddin tiba-tiba
muncul termengah-mengah sambil memberitahuku :

"Tuan, nampaknya Pak Ali sakit, dia terjatuh dan kini berada di
Hospital Tanih Maroh" seraya memandang Mr. Reddy dan menterjemahkannya
dalam Bahasa Inggeris. Mr. Reddy menggeleng kepala dan berkerut
dahinya. Dia terus meminta Jamaluddin menghantarnya ke chalet Kampung
Rasang Jala di samping memberikan Jamaluddin RM500.00 untuk membantu
Pak Ali.

Begitulah Mr. Reddy, aku kagum dengan sikapnya, walaupun beliau
berbangsa Inggeris, bukan Muslim dan berasal dari Surrey, United
Kingdom, namun orangnya sangat berperikemanusiaan. Tidak hairanlah,
dia sangat disukai oleh ramai kakitangan dan pekerja. Namun aku
kadangkala kecewa dengan ramai sikap manusia yang mengaku Islam tetapi
enggan membantu orang yang susah walaupun mereka mampu berbuat
demikian.

Aku teringat semasa di Landung dulu, di mana Arwah Haji Zuki, seorang
usahawan, yang pernah menyergah seorang fakir miskin di sebuah kedai
kopi yang memintanya RM5.00 kerana Haji Zuki hanya memberikannya 50
sen sahaja apabila diminta fakir berkenaan. Haji Zuki telah memberikan
syarahan panjang dengan menyatakan fakir miskin itu pemalas dan tidak
mahu berusaha. Semasa aku melalui di kawasan berkenaan, aku
terperanjat bukan kerana mendengar herdikan nyaring Haji Zuki tetapi
sekilas pandang, aku ternampak seolah-olah fakir miskin itu iras-iras
seorang pemuda yang sangat kacak dengan pakaian yang sangat cantik.
Aku menggeleng kepala seperti tidak percaya semasa ku lihat kembali,
aku ternampak fakir miskin itu berpakaian buruk dan berdebar kencang
jantungku kerana fakir itu sedang memandang tajam kepadaku sambil
tersenyum seolah-olah dapat membaca fikiranku. Aku terus meminta Haji
Zuki supaya bertenang dan aku berikan fakir berkenaan RM5.00. Dari
jauh, aku ternampak fakir itu mengangkat tangan seperti orang berdoa.

Aku tidak tahu apa yang berlaku kepada Haji Zuki tetapi dari khabar
kawan-kawan sekampung menyatakan Haji Zuki telah menjadi tidak siuman
akibat ditipu oleh seorang pendatang asing yang menggunakan tektik
'wang hitam'. Haji Zuki dikatakan telah mengutip daun-daun kering
termasuk surat khabar Cina yang dianggapnya sebagai 'wang'. Puas Mak
Aji Som berikhtiar tetapi akhirnya Haji Zuki meninggal dalam keadaan
yang agak aib (tidaklah mahu aku ceritakan kerana tidak mahu membuka
aib - cuma sekadar memberikan pengajaran - Al-Fatihah)

Aku pun perlahan-lahan mengorak langkah untuk pulang ke rumahku dengan
hanya berjalan kaki kerana jarak rumahku dari pejabat bukanlah jauh
sangat. Lagipun, aku beranggapan diriku sedang 'exercise' dan
mengeluarkan peluh. Cuma pada hari berkenaan, aku sekadar ingin
menunaikan janji dengan Pak Ali. Aku juga telah memberitahu isteriku
lebih awal bahawa aku akan singgah di rumah Pak Ali yang juga tidak
jauh dari rumahku.

Semasa aku melalui rumah Pak Ali, aku terperanjat melihat Mak Munah
sedang menangis tersedu-sedu di anjung rumah ditemani oleh ramai
saudara-maranya.

"Kenapa Mak Munah, ada apa?" Terus aku bertanya.

"Pak Ali, lepas dia bangun tidur tadi, dia ada beritahu Mak Munah dia
nak jumpa dengan tuan. Wajahnya begitu gembira sekali tetapi semasa
dia sedang bersiap-siap untuk mengambil Mr. Reddy, Pak Ali jatuh
pengsan dan banyak darah keluar dari bulu romanya"

Aku begitu terkejut dan sedih mengenangkan nasib Pak Ali. Tidak ku
sedari airmataku mengalir. Cepat-cepat ku kesat air mataku dan terus
meminta Itam, anak saudara Pak Ali supaya dapat menghantar aku dan Mak
Munah ke hospital.

Sesampai sahaja di hospital, Mak Munah, Itam dan aku terkejut melihat
Pak Ali sedang dipapah oleh Encik Jamaluddin ke keretanya. Pak Ali
seperti tidak ada apa-apa penyakit cuma nampak seperti tidak bermaya
sedikit. Mak Munah terus menghambur ke arah Pak Ali dan mencium tangan
Pak Ali sambil menangis kegembiraan. Tidak putus-putus Mak Munah
mengangkat tangan syukur kegembiraan.

"Boss, Doktor kata Pak Ali dah OK...tak ada luka dalaman. Saya pun tak
tahu macamana ceritanya tetapi darahnya berhenti tiba-tiba dan
jururawat hanya mengelap darah yang keluar tadi sahaja..semasa nak
masukkan air, tiba-tiba Pak Ali membuka mata dan meminta air...." kata
Jamaluddin sambil mengerut dahinya. Aku segera membantunya memapah Pak
Ali. Pak Ali tersenyum melihatku dan dia mengenyit mata.

"Encik Jamal, dia ni lebih faham ceritanya..." kata Pak Ali lemah
sambil melihat padaku. Aku memberikan isyarat kepada Pak Ali agar
tidak banyak bercakap. Kami membaringkannya di tempat duduk belakang.
Aku meminta Mak Munah bersabar dan ikut Itam pulang bersama-sama
kerana aku akan menaiki kereta Jamal.

Sepanjang perjalanan, Pak Ali tidak putus-putus menyebut dengan
perlahan :

"SubhaanAllah, Walhamdulillaah, Walaa-i-LaaHa-illAllahuWAllaahuAkbar,
WaLaa Hau La Walaa Quwwata-illaa-biLlaahil-'aliyyil-'azhiim,
Astaghfirullaahal'Azhiim"

diselangselikan dengan tangisan tersedu-sedu.

"Pak Ali sakit ke?" tanya Jamal. Pak Ali menggeleng-gelengkan
kepalanya. Aku berbisik pada Jamal untuk meneruskan perjalanan
sehingga ke rumahnya.

Apabila tiba di rumahnya, mereka yang ramai-ramai berkunjung ke rumah
Pak Ali sama-sama memapah beliau ke rumahnya. Aku terus berwudhu dan
bersolat dua rakaat. Semasa aku berzikir, tiba-tiba aku seolah-olah
berada di sisi Pak Ali di hospital. Jelas aku melihat darahnya
mengalir seperti paip air dari bulu roma, hidung dan mulut dan
jururawat mengesat dan mengelap darah Pak Ali. Aku tiba-tiba melihat
satu cahaya putih yang cerah keluar dari ubun-ubun Pak Ali dan menuju
ke arahku. Segera ku bacakan :

"Wayas-aluu-naka-anirRuuh, KuliRuuuh-Min Amri-Rabbii"

Cahaya itu tiba-tiba terhenti di hadapanku dan dari samar-sama aku
melihat seperti Pak Ali berada di dalamnya sedang menunjukkan padaku
jasadnya yang di katil. Aku terkejut juga melihat bukan lagi Pak Ali
yang berada di situ tetapi satu lembaga hodoh wanita tua dengan darah
penuh di seluruh badannya. Lembaga itu cuba bangun dan ku lihat Pak
Ali mengeluarkan cahaya dari seluruh badannya dan menyebabkan lebih
banyak darah mengalir pada lembaga tersebut. Aku terus membacakan :

"InnaHuu min Sulaimaana wainnaHuu BismillaahirRahmaanirRahiim"

Lembaga itu berguling-guling sambil menyeringaikan giginya yang rongak
di sana sini. Lidahnya yang panjang terkeluar seperti orang tercekik.

"Lepas kau ambil aku, kau nak buang aku ya Ali!!" suara garau Lembaga
itu terkeluar perlahan menyuarakan rasa marahnya kepada Pak Ali.

"Kalaulah aku tahu engkau ni Syaitan, sudah lama aku bunuh engkau" Pak
Ali menyergah dan bergema suaranya membaca :

"A-'uudzubilLaahiminassyaithoonirrojiim"

Lembaga itu menjerit halus dan hilang tiba-tiba disertai dengan cahaya
terang itu sikit demi sedikit bertukar menjadi Pak Ali dan aku rasa
seolah-olah terdengar :

"Tuan jangan balik, saya nak tuan bacakan Yasin kat saya nanti ya"

Aku membuka mataku sambil beristighfar kerana Itam memegang bahuku
sambil memberitahu bahawa Pak Ali nak bertemu denganku di biliknya.
Perlahan-lahan aku mengambil surah yasin dan duduk di sisinya sambil
membacakan Yasin. Dada Pak Ali berombak-ombak.

Mak Munah menangis semakin kuat kerana apabila aku tiba di bacaan
"Salaamun Qaulan MirRabirRohiim", Pak Ali telah menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Aku meneruskan bacaanku sehingga tamat dan mendoakan :

"Yaa Ayyatuhannafsul Muthmainnah Ir-ji-'ii-ilaa Robbiki Roodhiyatan
Mardhiyyah"

Aku lihat wajah Pak Ali begitu tenang seperti orang sedang nyenyak
tidur dan tubuhnya suam dengan peluh merenik seperti mutiara
berkilauan.

Dari firasatku, aku tahu bahawa Pak Ali telah kembali ke rahmatullah
dalam keadaan husnul khatimah. Aku terharu dan merasakan seolah-olah
Pak Ali telah berdoa supaya beliau akan mati di rumahnya dan Allah SWT
telah memakbulkan doanya.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages