Panduan Merawat Menggunakan Ayat & Air
Dalam satu hadis sahih, Rasulullah menjelaskan bahawa air adalah makhluk kejadian Allah yang pertama.
Sememangnya air mempunyai khasiat tersendiri yang amat penting untuk semua kehidupan di dunia ini. Ada juga yang beranggapan air adalah kehidupan. Tanpa air kehidupan-kehidupan lain mungkin mati.
Kepada yang tinggal di Bandar, buka paip air je keluar air. Sungguh mudah, yang menyebabkan kadang-kadang kita jadi lupa untuk bersyukur dengan anugerah air ini. Saya tinggal di apartment, suatu ketika kami terputus bekalan air. Kami terpaksa mengangkut air dari lori tangki untuk memenuhkan tong-tong air bagi kegunaan seisi keluarga. Pada masa itu terasa sangat berat rupanya air ini. Waktu ini baru insaf..
Antara kegunaan air adalah untuk merawat gangguan jin. Izinkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu merawat menggunakan air. Langkah-langkahnya;
1) Ambil wudhu
2) Sediakan sebaldi air (untuk mandi)
3) Sediakan sebekas air (untuk merenjis)
4) Sediakan sebekas air (untuk minum)
5) Bacakan dengan jelas (seperti bacaan imam solat)
- Al Fatihah (1x)
- Surah An Nas (1x)
- Surah Al Falaq (1x)
- Surah Al Ikhlas (1x)
- Surah Al Kafirun (1x)
- Ayat Kursi (7x)
- Selawat (11x)
- Doa (bahasa melayu pun boleh) mohon dgn Allah supaya memberi rahmat dan keberkatan kpd air ini untuk tujuan perubatan
6) Gunakan air sebaldi tadi utk mandi
7) Renjis air diseluruh dalaman rumah secara lawan jam (termasuk bilik-bilik dan tandas)
8) Minum air yg dibacakan doa tadi
9) Buat sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut, atau paling elok berterusan selama 7 hari.
Bagus untuk ibubapa merawat anak-anak yang diganggu jin, rumah yang rasa macam keras. Kalau saja-saja nak mandi dgn air doa ni pun boleh. Memohon dari pertolongan dari Allah, dan sebagai meraikan makhluk kejadian Allah yang sulung ini.
Ia lebih baik dari anda jumpa BOMOH yang pakai jin.
Semoga bermanfaat kepada semua. Aamiiin…