MISTERI: Diganggu Jin Saujana Utama

121 views
Skip to first unread message

Encik Mie

unread,
May 16, 2008, 4:38:49 PM5/16/08
to pondo...@googlegroups.com

Di Ganggu Jin Saujana Utama

 

Seorang sahabat saya, Amran (bukan nama sebenar) baru menduduki rumah teres 2 tingkatnya yang baru dibeli di Saujana Sg.Buloh. Saya pernah melawat rumah ini yang berada di kawasan bukit belakang Petronas.

 

Kisah gangguan jin bermula pada suatu malam, dimana Amran berada di rumah sementara isteri beliau pergi membeli makanan di gerai tepi jalan berhampiran tapak masjid.

 

Selesai membayar isterinya ingin pulang tapi anaknya yang berumur sekitar 3 tahun menangis takut sambil menunjukkan ada hantu dalam kereta. Hanya anak beliau yang nampak. Walaupun takut, isterinya gagahkan juga memandu pulang.

 

Apabila sampai di rumah, Amran terasa akan kelainan sambil anaknya menangis di luar rumah. Beliau keluar untuk meninjau apa yang berlaku. Isterinya menceritakan apa yang terjadi sambil anaknya yang tak henti-henti memberitahu hantu..hantu..hantu..

 

Sebagai ketua keluarga, Amran tahu yang beliau perlu melakukan sesuatu untuk meredakan keadaan. Amran membaca ayat-ayat al-quran sambil menuju ke arah pintu pagar sambil menuding jari sebagai isyarat supaya jin yang mengikut anak-isterinya balik berlalu pergi. Pada ketika itu muka Amran terasa macam dicucuk-cucuk. Tak lama kemudian keadaan kembali pulih.

 

Selang beberapa hari kemudian Amran minum bersama saya. Selepas bercerita beliau memberitahu tangan yang digunakan untuk menuding pada malam itu terasa sakit dan lenguh. Saya memberitahu Amran yang jin-jin ini suka juga menumpang dalam sendi-sendi manusia. Saya meminta Amran tengok sehari dua lagi, jika sakit berterusan saya syorkan beliau mandi air jampian zikir.

 

Selepas mandi selama 3 hari berturut-turut, alhamdulillah beliau kini pulih seperti biasa. Terima kasih Allah…



--
Encik Mie
http://groups.google.com/group/pondoksiber
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages