Semasa cuti sekolah baru-baru ini saya sempat menziarahi rumah keluarga kakak saya di Padang Jawa, Selangor. Kebetulan ini rumah yang baru mereka sewa. Bakar (bukan nama sebenar) adalah suaminya, abang ipar saya. Memang sudah beberapa bulan kami tidak berjumpa. Rupa-rupanya dia sedang mengalami sakit sendi dibahagian pergelangan tangan tangan termasuk jari-jarinya.
Menurut cerita beliau, kesan itu bermula selepas dia mengurut abangnya yang sedang sakit. Jari-jari tangan kanan beliau tidak boleh dibengkokkan, dan sakit jika disentuh dengan kuat. Bisa-bisa turut dirasai hingga ke pergelangan tangan. Akibatnya beliau sukar untuk berkerja, makan pun kena suap dengan sudu, bersalam pun sangat berhati-hati.
Menurut ceritanya lagi, abang beliau kini sudah arwah akibat penyakit misteri. Katanya, arwah abang beliau semasa hidupnya berkerja sebagai pemotong kayu di Kedah. Ada sebatang pokok yang dipercayai keras, tetapi tidak diendahkan oleh arwah abangnya. Tak lama kemudian abangnya mula mengalami sakit misteri. Pihak hospital telah mengambil air tulang belakang yang akhirnya menyebabkan beliau lumpuh. Semasa akhir hayatnya, beliau asyik memandang ke bumbung seolah-olah ada sesuatu tetapi beliau tidak pernah bercerita. Setelah lama menderita, akhirnya beliau meninggal dunia.
Daripada cerita beliau, saya mengandaikan Bakar telah dihuni oleh jin pada sendi-sendi beliau. Ini berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini, nak menilik memang saya tak reti. Oleh itu saya mencadangkan beliau menjalani rawatan menggunakan air dan zikir dengan saya. Tanpa bertangguh, hari itu juga kami bermula.
Hari pertama, Bakar merasakan sesuatu yang meremangkan apabila zikir-zikir dibacakan. Semasa dimandikan, terasa air jampi tadi sejuk berbanding biasa.
Hari kedua, bias-bisa terasa pada hujung jari kaki kiri. Sebelah kiri badan terasa berat dan meremang. Air mandian juga terasa sejuk.
Hari ketiga, sebelum mula rawatan saya bersembang dulu dengan beliau. Alhamdulillah, kini jari-jarinya telah dapat digerakkan tanpa rasa sakit lagi. Tidur pun lena sejak hari pertama rawatan. Sebelum itu tidur asyik meracau je, walaupun tidur dalam wudhu dan bacaan surah 3 Qul. Semasa proses rawatan hari terakhir ini tiada apa yang pelik berlaku, air mandian juga rasa biasa, tak sejuk macam sebelum ini.
Alhamdulillah, masalah beliau telah Allah selesaikan. Nasihat saya kepada yang nak mengurut orang sakit tu, hati-hati kerana jin boleh berpindah dari badan pesakit kepada badan kita jika tiada pendinding diri. Seeloknya ambil wudhu dulu sebelum mengurut orang sakit. Jika anda telah diganggu jin, jangan lupa mandi dengan air yang dibacakan ayat-ayat al-quran. InsyaAllah…
--
Encik Mie
http://groups.google.com/group/pondoksiber