Untuk memastikan amal ibadat sentiasa terpelihara, kita digalakkan menjaga kebersihan diri. Orang yang sentiasa menjaga kebersiahan diri akan mendapat perhatian dan rahmat dari Allah. Rasulullah berkata
" Sesungguhnya Allah itu cantik ( indah ) dan bersih. DIA amat mencintai perkara yang cantik ( indah ) dan bersih "
Oleh itu ketika mahu beribadat, kita digalakkan supaya mandi, memakai pakaian bersih, memakai wangi-wangian dan bersih tempat beribadat kerana kebersihan itu melambangkan keperibadian seseorang.
Ketika baginda dalam perjalanan bertemu saudara-mara. Katanya
"Sesungguhnya kamu akan bertemu saudara kamu, oleh itu perbaikilah kelengkapan menaiki kuda dan berpakaian yang elok sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia kerana ALLAH tidak suka akan perkara yang busuk dan buruk".
Berdasarkan hadis ini, menjelaskan jika kita ingin berjumpa saudara-mara atau sesiapa sahaja biarlah berpakaoan elok, bersih, dan memakian wangian.
Selain dari bersih berpakaian, suasana di dalam dan di luar rumah mestilah dalam keadaan bersih dan selesa. Orang yang membiarkan rumah mereka kotor dan tidak dijaga kebersihan tidak ubah seperti rumah orang Yahudi. Dalam satu hadits Tarmizi, Rasulullah pernah berkata
".... bersihkanlah rumah dan perkarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah sarap dan jangan kamu menyerupai orang yahudi."
Kitab Al Baghdadi menyatakan...
" Sesungguhnya Islam itu bersih, Oleh itu jagalah kebersihan, tidak ada yang masuk syurga melainkan orang yer bersih. "
Daripada penjelasan ini, jelaslah bahawa menjaga kebersihan ada hubung kait dengan iman seseorang dan akan menentukan kedudukan kita di hari akhirat nanti."
KESIMPULAN : Jagalah kebersihan diri dan persekitaran. Cara pemakaian kita pun melambangkan peribadi kita. Berpakaian kemas dan bersih tu pun membuatkan islam dipandang hormat. Even nak turun makan kat cafe pun, jagalah pemakaian. Kerap laah bersihkan bilik. Memang biase as a students x smpat nak bersihkan bili, tapi boleh kalau cuba jadikkan benda tu as a habit. InsyaAllah ok.