|
As a forwarded…
Dari E-mail teman....rasanya tuan SongkokPutih
ada post artikel ni...Tapi takper lah, dipostkan sekali lagi &
dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat...
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai
16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM
(aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis
penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang
kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan
berakhir sekitar jam 4 pagi.
 Pegawai
JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00
pgi.
 Lokasi
pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi
dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala
dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam
yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan
Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih
mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum
dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat
(hadis Nabi saw).
Keratan
4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi
tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah
sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada
tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang
Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang
Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat
mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana
sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah
BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam,
maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:

Ini
pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;
 Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang
(premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini
tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam
berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak
sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam.
Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur
togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah
siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani
oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu.
Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di
Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita
makan terutama ayam. Firman Allah swt;
Quote:
|
Al Baqarah
168. Wahai
sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.
|
Ini pula tempat yang
sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam
Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada
yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati
cepat dan diprosesnya.


Nampak tak yang putih itu ayam hidup
dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu,
katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok
makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas
sembelihpun)


 a
|
|